|
 Pertandingan Bola Sepak Profesional China tahun ini akan dimulakan pada pertengahan Mei ini dengan wajah baru. Terlebih dahulu mari kita mengenang kembali sejarah pertandingan bola sepak profesional China.
Bola sepak amat diminati oleh rakyat China. Tetapi di China tiada pertandingan bola sepak profesional sebelum tahun 1990-an dan tiada kelab bola sepak profesional pada waktu itu. Keadaan itu tidak sesuai dengan peningkatkan taraf dan pembangunan bola sepak di China. Justeru pembaharuan telah dijalankan.
Pembaharuan itu bermula pada tahun 1994, sebanyak 28 pasukan yang tarafnya tinggi dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B. Pasukan-pasukan tersebut tidak lagi ditadbir oleh badan sukan tempatan, tetapi bebas diuruskan oleh pihak kelab. Pasukan menandatangani kontrak dengan pemain dan membayar gaji mereka berdasarkan pertandingan dan pencapaian mereka masing-masing. Lantaran itu, pasukan bola sepak beransur-ansur menjadi kelab profesional. Pertandingan profesional dan kelab bola sepak profesional banyak menggalakkan perkembangan usaha bola sepak di China. Pasukan Bola Sepak Kebangsaan China buat julung kali melayakkan diri ke peringkat pertandingan Piala Dunia 2002.
Walau bagaimanapun, banyak masalah muncul dan ini telah menghalang perkembangan usaha bola sepak China.

Untuk mengatasi masalah itu, pentadbir bola sepak China memutuskan untuk melaksanakan pembaharuan kali kedua, mengadakan pertandingan bola sepak profesional untuk menggantikan pertandingan bola sepak liga perdana. Ini latar belakang pertandingan bola sepak profesional China.
Pertandingan profesional bola sepak baru telah menetapkan standard baru dan kelab-kelab yang mencapai standard itu baru boleh menyertai pertandingan tersebut.
Selain itu, pertandingan bola sepak professional mengandungi lebih banyak unsur komersial. Nama pertandingan profesional itu Pertandingan Siemens.
Upacara perasmian pertandingan bola sepak professional telah diadakan di Stadium Teda, Tianjin. Stadium itu merupakan stadium bola sepak profesional pertama di utara China dan kemudahan stadium it yang modennya telah dinilai tinggi oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa.
Encik Lang Xiaonong, Pengerusi Suruhanjaya Pertandingan Profesional Bola Sepak China berkata,
"Kami mesti menjalankan pembangunan pertandingan bola sepak professional dengan baik termasuk pembangunan kelab, pasaran, ketetapan dan sebagainya."
Encik Yang Zuwu, Pengurus Kelab Guoan Beijing mewakili semua anggota kelab itu menyatakan,
"Kami akan berusaha memenangi semua pertandingan yang akan diadakan pada tahun ini. Pertandingan bola sepak professional baru telah menyediakan suasana yang baru kepada kami. Kami akan terus meningkatkan taraf kami dan mendorong pembangunan pasaran."
Kenyataan Encik Yang telah mencerminkan hasrat orang awam. Pembaharuan bola sepak China telah menimba pengalaman kelab bola sepak profesional negara asing. Pertandingan Bola Sepak Liga Perdana Inggeris (The English Premier League) yang bermula pada tahun 1992 merupakan contoh pembaharuan bola sepak negara itu. Pertandingan itu sudah menjadi salah satu pertandingan yang paling menarik di dunia melalui pembangunan selama belasan tahun. Ia juga banyak meningkatkan taraf bola sepak Britain. Di samping itu, ramai bintang bola sepak seperti David Beckham dan Michael Owen menjadi idola orang ramai. Kami juga berharap dapat meningkatkan taraf bola sepak China melalui pertandingan bola sepak profesional dan membolehkan para peminat bola sepak China menonton pertandingan yang bertaraf tinggi di China.
|