Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, seiring dengan peningkatan taraf hidup rakyat China secara berterusan, kini melancong ke luar negara menjadi gaya hidup baru di kalangan rakyat China. Sebagai negara yang mengutamakan sektor pelancongan, Singapura juga semakin hari semakin memberi tumpuan terhadap pelancong dari China.
Negara China yang mempunyai penduduk seramai 1.3 bilion orang, semakin hari semakin penting dalam sektor pelancongan dunia. Menurut jangkaan Pertubuhan Pelancongan Dunia, sehingga tahun 2010, jumlah pelancong China yang melawat ke luar negara mencapai 50 juta orang setiap tahun, sehingga 2020, jumlah tersebut akan melebihi 100 juta. Hubungan Singapura-China sangat erat, kebanyakan penduduk Singapura ialah orang Cina, ini juga merupakan satu unsur yang menarik pelancong dari China.
Sektor pelancongan merupakan industri tonggak Singapura. Walaupun jumlah penduduk Singapura hanya kira-kira 4 juta, tetapi jumlah pekerja dalam sektor pelancongan di negara itu mencapai 150 ribu orang. Singapura dikunjungi lebih kurang 8 juta orang pelancong asing setiap tahun, jumlah perolehan dalam sektor itu mencapai 5.6 bilion Dolar Amerika, menempati 5% jumlah KDNKnya.
Sekarang, China menjadi negara sumber pelancong paling ramai kepada Singapura setelah Indonesia, di setiap destinasi pelancongan di Singapura, kita boleh bertemu pelancong dari China. Menurut statistik, sejak tahun 1992 hingga tahun 2002, jumlah pelancong dari China yang melawat Singapura meningkat 21.8% purata setiap tahun. Pada tahun 2002, jumlah pelancong China yang melawat Singapura mencapai 670 ribu orang, jumlah perbelanjaan mereka di Singapura mencapai lebih kurang 188 juta Dolar Amerika.
Pada tahun lalu, disebabkan wabak SARS, pelancong China yang melawat Singapura agak berkurangan, tetapi jumlahnya masih mencapai 568.4 ribu orang. Menurut jangkaan pihak Singapura, dalam beberapa tahun akan datang, jumlah pelancong China yang melawat Singapura akan meningkat kepada 900 ribu hingga 1.2 juta orang, jumlah perbelanjaan pelancong China di Singapura akan meningkat sekurang-kurangnya 10% setiap tahun sebelum tahun 2010.
Pada Mac yang lalu, Singapura telah dikunjungi 53 ribu pelancong dari China, meningkat 25% daripada tempoh yang sama tahun lalu, jumlah peniaga dari China meningkat 42%, jumlah pelancong perseorangan meningkat 33% daripada tempoh yang sama tahun lalu.
Kerajaan Singapura telah menyediakan perkhidmatan yang baik kepada pelbagai kategori pelancong, untuk menarik lebih ramai pelancong dari China.
Selain mengambil beberapa tindakan untuk menarik pelancong dari China pada tahun lalu, kerajaan Singapura sejak 1 Januari lepas telah melonggarkan pengurusan visa kepada pelancong dari China. Jumlah syarikat pelancongan di bandar utama China yang diberi amanah oleh Jabatan Pelancongan Singapura untuk menguruskan visa pelancong China ke Singapura telah meningkat dari 3 kepada 66 buah, pelancong dari 13 bandar termasuk Beijing, Shanghai, Guangzhou, Nanjing, Shenzhen, Xiamen, Fuzhou, Chengdu, Kunming, Hangzhou, Suzhou, Shenyang dan Dalian boleh mendapatkan visa ke Singapura dalam tempoh sehari sahaja, prosedurnya juga lebih mudah.
Pada 22 April lepas, Jabatan Pentadbiran Pelancongan Singapura di Beijing dan Shanghai telah mengadakan promosi yang meriah untuk mempopularkan Singapura, dan mengundang penyanyi sensasi Singapura sebagai duta pelancongan di Singapura di pasaran China.
Pada tahun depan, Singapura akan mengadakan kegiatan untuk memperingati Laksamana Cheng Ho dari China belayar ke Nusantara dan singgah di Singapura, untuk menarik lebih ramai pelancong asing, khususnya dari China.
----Andika
|