Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-20 16:40:25    
Indonesia Melonggarkan Tahap Keselamatan Aceh

Agensi Berita Xinhua China
Selepas mengadakan beberapa sidang kebinet dan keselamatan, kerajaan Indonesia memutuskan melaksanakan keadaan darurat awam di provinsi Aceh mulai 19 Mei, itu bermakna keadaan darurat ketenteraan yang dijalankan di Aceh selama setahun telah berakhir. Akan tetapi, tentera tetap menempati di Aceh untuk memelihara kestabilan dan keselamatan Aceh.

Untuk meningkatkan pentadbiran kerajaan pusat Indonesia, Presiden Megawati telah melantik pegawai pentadbiran tertinggi di sana. Serentak itu, kerajaan Indonesia bersedia mengeluarkan daukumen untuk memandu pentadbiaran Aceh serta menghantar sebuah kumpulan khas untuk membantu dan mengawasi kerja gabenor Provinsi itu, melaksanakan system pemerintahan sendiri Aceh yang diluluskan. Tentera kerajaan Indonesia akan terus melaksanakan rancangan termasuk tindakan ketenteraan, meningkatkan fungsi kerajaan dan menyempurkan sistem perundangan, bantuan kemanusian dan pembangunan semula ekonomi.

Presiden Megawati mengeluarkan arahan presiden pada larut malam 18 Mei tahun 2003, mengumumkan akan melaksanakan undang-undang darurat ketenteraan selama 6 bulan di Aceh serta menghantar lebih 40 ribu askar dan 14 ribu orang polis untuk menghapuskan pertubuhan "Gerakan Aceh Merdeka", kemudian menambah 6 bulan lagi.

Pada satu tahun yang lalu, tentera kerajaan Indonesia telah membunuh 2 ribu orang pemisah Aceh dan menangkap 2100 orang, terdapat 1276 orang lagi menyerah diri kepada kerajaan. Menurut statistik yang diumumkan oleh pihak tentera, sebelum tindakan ketenteraan dilaksanakan, pertubuhan Aceh mempunyai 5100 orang anggota. Setakat ini, 50% hingga 60% anggota kumpulan itu telah dibunuh.

Kerajaan Indonesia membuat keputusan tersebut bererti penting. Pertama, pemimpin Aceh tertinggi bukan jeneral tentera yang dilantik oleh Megawati lagi tetapi adalah pegawai pentadbiran. Kedua, sekatan kerajaan terhadap bidang pengangkutan, pejabat pos, telekomunikasi, radio, penerbitan dan lain-lain, akan tetapi sekatan itu akan dilonggarkan dengan ketara.