|
Menurut berita CRI, Kementerian Perdagangan China hari ini mengeluarkan secara rasmi "Laporan Iklim Pelaburan Perdagangan 2003". Laporan tersebut menjelaskan keadaan iklim pelaburan perdagangan 19 negara yang mempunyai hubungan rakan perdagangan yang erat dengan China pada tahun 2003.
Laporan tersebut mengandungi tiga perkara iaitu pertama, keadaan umum pelaburan dua hala China dengan negara-negara tersebut. Kedua, sistem kawalan pelaburan perdagangan yang diamalkan di negara-negara tersebut. Dan ketiga, dasar perdagangan yang dilaksanakan oleh negara-negara tersebut dalam urusan perdagangan luar.
|