Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-20 10:02:45    
Projek Pelaburan Kazakhstan yang Paling Besar di China Beroperasi

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, projek pelaburan Kazakhstan yang paling besar di China iaitu projek menghasilkan minuman jus buah-buahan dan sayur-sayuran bernilai 7.2 juta dolar Amerika telah dirasmikan di bandar Urumqi, ibu kota Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China hari ini. Presiden Kazakhstan Nursultan Abishevich Nazarbayev menghadiri ucapara perasmian itu.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada kerajaan China dan berharap semakin banyak syarikat negara itu melabur di China.

Pegawai Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China menyatakan Xinjiang akan menyediakan iklim pelaburan yang baik dan memberi perkhidmatan yang terbaik kepada syarikat Kazakhstan.