Menurut Agensi Berita Xinhua China, "Laporan Iklim Pelaburan Perdagangan Pelbagai Negara Tahunan 2003" yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan China semalam melaporkan bahawa usaha perdagangan luar China akan terus mengekalkan perkembangan yang pesat.
Menurut laporan itu, jumlah import-eksport China tahun ini dijangka akan melebihi 1000 bilion Dolar Amerika dan meningkat kira-kira 17% berbanding tahun lalu, peningkatan import lebih besar daripada batas peningkatan eksport.
|