Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Perdana Menteri China Zeng Peiyan semasa memenui peserta "Ekspo Industri Teknologi Antarabangsa Beijing, China" ke-7 semalam di Beijing menyatakan bahawa China berharap tokoh-tokoh sektor kewangan industri dan perdagangan pelbagai negara memperluas sektor pelaburan dan kerjasama dengan China.
Zeng Peiyang berkata, China akan terus memperbaiki iklim pelaburan, melindungi hak harta intelek berdasarkan undang-undang, mematuhi peraturan WTO. Kerajaan China aktif menggalak dan menyokong syarikat China dan luar negara melaksanakan pertukaran dan kerjasama dalam bidang teknologi tinggi di China.
|