|
Menurut Akhbar Jing Hua Shi Bao, Sidang Meja Bulat Universiti China-ASEAN yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan China dan Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing (BFSU) telah dirasmikan di Beijing pada 19 Mei. Para peserta sidang itu sebulat suara menganjurkan untuk mewujudkan secara beransur-ansur pengiktiraf sijil pengajian, ijazah dan kredit peperiksaan pelajar China dan pelbagai negara ASEAN antara satu dengan lain.
Wakil-wakil dari 17 buah pusat pengajian tinggi China antaranya Universiti Pengajian Bahasa-Bahasa Asing Beijing, Universiti-universiti Peking, Fudan, Zhejiang dan Zhongshan dan 14 universiti pelbagai negara ASEAN yang terkenal, antaranya Universiti Kebangsaan Laos, Universiti Kebangsaan Singapura, Universiti Indonesia, Universiti Malaysia dan Universiti Filipina telah menghadiri sidang itu.
|