Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-24 12:32:09    
Guru China Mengajar Bahasa Mandarin di Negara Asing

CRI
Terdapat seni kata lagu yang bermaksud "Bapa lihat, ibu lihat, tangan bayi tak kelihatan". Sewaktu mendengar lagu kanak-kanak tersebut, saudara pasti berfikir kami menyiarkan lagu yang dinyanyikan di salah sebuah tadika di China. Sebenarnya nyanyian itu dirakamkan di sebuah tadika di Manila, Filipina. Guru yang sedang mengajar bahasa Mandarin itu bernama Han Yanxia. Puan Han Yanxia, siswazah Universiti Perguruan Fujian di bahagian tenggara China, merupakan sukarelawan yang mengajar bahasa Mandarin di Manila selama setahun.

Pengajaran bahasa Mandarin sudah lama dilaksanakan di negara yang mempunyai ramai perantau Cina seperti Filipina. Seiring dengan ekonomi China berkembang maju dan kedudukan China di arena antarabangsa semakin meningkat, belajar bahasa Mandarin menjadi semakin popular di seluruh dunia. Pada masa ini, jumlah pelajar bahasa Mandarin di luar negara China melebihi 25 juta orang dan terdapat lebih kurang 100 buah negara menyediakan kursus pengajaran bahasa Mandarin pendidikan di pelbagai peringkat.

Encik Zhang Xinsheng, pegawai Kumpulan Pimpinan Pengajaran Bahasa Mandarin Luar China, memaklumkan, "Jabatan Bahasa Mandarin Negara China menetapkan Rancangan Sukarelawan Guru Bahasa Mandarin Antarabangsa, matlamatnya adalah untuk menghantar sukarelawan sebagai guru bahasa Mandarin ke negara yang mengemukakan permintaan."

Encik Zhang Xinsheng memaklumkan bahawa China menetapkan syarat yang tinggi terhadap sukarelawan yang dihantar bertugas sebagai guru bahasa Mandarin di negara asing. Sukarelawan itu mestilah warganegara China, kesihatan dan psikologinya sihat, berumur di bawah 65 tahun, boleh bertutur bahasa Mandarin dengan fasih, harus mempunyai sijil kemahiran Bahasa Mandarin dan ijazah pengajian Bahasa Mandarin, Sejarah, Falsafah dan Bahasa Asing. Jabatan Bahasa Mandarin Negara China menubuhkan "Pusat Sukarelawan China Guru Bahasa Mandarin Antarabangsa" untuk mengadakan ujian terhadap para pemohon, dan kemudian mengadakan kursus latihan jangka pendek terhadap sukarelawan yang diterima.

Puan Han Yanxia, siswazah Universiti Perguruan Fujian di bahagian tenggara China, berkata, "Sebagai seorang sukarelawan yang mengajar bahasa Mandarin, saya bersedia mengajar sesiapa sahaja tanap mengira warna kulit dan bangsa agar mereka dapat mempelajari lebih banyak kebudayaan China. Saya berpendapat, bukan sahaja kanak-kanak Filipina memerlukan saya. Pada masa ini, bahasa Mandarin sudah menjadi bahasa penting di dunia, dan terdapat semakin ramai orang asing menyedari pentingnya belajar bahasa itu."

Dimaklumkan bahawa terdapat banyak negara termasuk Indonesia, Jepun, Republik Korea, Thailand, Filipina, Vietnam, , Mesir dan Afrika Selatan berharap negara China menghantar guru bahasa Mandarin ke negara mereka. Jabatan kerajaan China sedang mengadakan rundingan dengan pelbagai negara tersebut untuk menandatangani perjanjian persefahaman, menubuhkan mekanisme perhubungan, dan menyediakan perkhidmatan perubatan serta insurans untuk para sukarelawan yang bertugas ebagai guru di negara asing. Pada tahun 2004, Universiti Perguruan Fujian akan menghantar seramai 55 orang lagi siswazah dan guru sukarelawan ke Malaysia, Filipina, Thailand, Mexico dan Mauritius untuk bertugas sebagai guru bahasa Mandarin.

----AZMI