Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-24 12:39:37    
Sediakan Lebih Banyak Peluang kepada Rakyat Kunjungi Muzium

CRI
Pada 1 Januari tahun 2004, dua muzium di Provinsi Zhejiang, China mengumumkan bahawa muzium tersebut dibuka secara percuma untuk orang ramai. Kedua-dua muzium tersebut ialah: Muzium Provinsi Zhejiang dan Muzium Kain Sutera China, dan muzium itu merupakan muzium yang peringkatnya paling tinggi yang dibuka secara percuma kepada orang ramai di China. Muzium Provinsi Zhejiang—salah satu muzium peringkat provinsi yang paling awal ditubuhkan di China, ditetapkan sebagai muzium sains awam yang mengutamakan pameran artifak budaya. Muzium Kain Sutera China merupakan muzium peringkat negara dan juga muzium kain sutera yang terbesar di dunia.

Dimaklumkan bahawa selain ditutup pada pagi Isnin, kedua-dua muzium tersebut dibuka sepanjang hari waktu bekerja pada hari Isnin petang hingga Ahad serta hari cuti. Semua pengunjung termasuk penduduk dan pelancong tempatan serta pelancong asing boleh mengunjungi secara percuma kedua-dua muzium itu. Kos tiket masuk tersebut dibiayai oleh kerajaan Provinsi Zhejiang.

Selain itu, Provinsi Zhejiang juga mengumumkan bahawa selepas Muzium Provinsi Zhejiang dan Muzium Kain Sutera China, muzium awam pelbagai peringkat di Provinsi Zhejiang juga akan beransur-ansur dibuka secara percuma kepada kepada orang ramai.

Tindakan baru yang dilaksanakan oleh Provinsi Zhejiang itu telah menyediakan lebih banyak peluang kepada rakyat dan meningkatkan minat mereka mengunjungi muzium. Dimaklumkan bahawa pada hari pertama pembukaan muzium itu dibuka secara percuma, Muzium Provinsi Zhejiang telah dilawati oleh 6,300 orang pengunjung sehari dan telah mencipta rekod tertinggi dikunjungi pelawat sejak penubuhannya. Pada hari berikutnya, jumlah pengunjung harian lebih kurang 3 ribu orang iaitu 6 hingga 7 kali ganda lebih banyak daripada masa sebelum dibuka secara percuma. Muzium Kain Sutera China juga sama, jumlah pengunjung meningkat dengan ketara setiap hari.

Fungsi utama muzium adalah menyimpan dan mempamerkan artifak budaya bangsa dan sejarah negara. Ia bukan sahaja tempat penting untuk menunjukkan perkembangan bangsa dan kemajuan tamadun masyarakat, tetapi juga merupakan tempat umum bagi rakyat mempelajari semangat patriotik dan sosialisme. Walaupun setelah tidak mengenakan bayaran masuk, dan Muzium Provinsi Zhejiang mengalami kerugian sebanyak 600 hingga 700 ribu yuan RMB setiap bulan, tetapi masyarakat telah mendapat faedah yang besar sekali. Tindakan itu telah menarik lebih ramai orang mengunjungi muzium dan berfaedah bagi rakyat meningkatkan pengetahuan sains.

18 November tahun 2003 merupakan hari pertama bagi Bandar Guangzhou tidak mengenakan bayaran kepada orang ramai yang mengunjungi muzium di Bandar itu. Pada hari itu, banyak muzium termasuk Balai Kesenian Provinsi Guangdong dan Muzium Kesenian Bandar Guangzhou turut dibanjiri para pengunjung. Yang paling hebat ialah Rumah Keluarga Chen, ia dibanjiri oleh lebih 40 ribu pengunjung dalam sehari sahaja iaitu sudah jauh melebihi keupayaan penerimaannya.

Tidak syak lagi harga tiket yang terlalu mahal merupakan salah satu faktor utama yang menyusahkan rakyat China mengunjungi muzium.

Pada tahun 1998, Muzium Provinsi Zhejiang telah melaksanakan sistem "Kad Tahunan" yang harganya lebih murah daripada harga tiket biasa. Para pengunjung hanya perlu membeli satu "Kad Tahunan" yang berharga 10 yuan RMB, dan dengan "Kad Tahunan" tersebut mereka boleh mengunjungi muzium tanpa had. Pada 18 Mei 2003, 15 muzium yang di bawah pentadbiran kerajaan Bandar Hangzhou mengumumkan ke seluruh negara China bahawa mereka mengecualikan bayaran tiket masuk dan muzium itu dibuka secara percuma kepada masyarakat.

Selepas Provinsi Zhejiang, Bandar Beijing dan Guangzhou juga telah menubuhkan sistem tentang membuka muzium tersebut secara percuma kepada kumpulan rakyat yang tertentu atau pada masa yang tertentu. Misalnya, Beijing mengumumkan bahawa mulai tahun ini, sebanyak 16 muzium yang diurus oleh Biro Artifak Budaya Bandar Beijing antaranya Muzium Kesenian Bandar Beijing, dibuka secara percuma kepada murid sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Manakala, Bandar Guangzhou melaksanakan tindakan membuka semua muzium di bandar tersebut secara percuma pada hari pertama setiap bulan.

Kami menanti-nantikan lebih banyak muzium akan dibuka secara percuma kepada masyarakat supaya lebih ramai orang dapat mengunjungi muzium dan mengetahui kebudayaan negara dan sejarah bangsa.

----AZMI