Menurut Agensi Berita Xinhua China, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Negara China bahawa jumlah pengeluaran telefon bimbit di China pada tahun ini akan mencatat 170 juta unit, antaranya lebih separuh akan dieksport ke luar negara.
Berdasarkan laporan itu, pelaburan industri telekom China pada tahun ini akan mengekalkan perkembangan yang sama pada tahun lalu, jumlah pengguna telefon bimbit akan meningkat lebih 60 juta orang pada tahun ini.
|