Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-24 12:50:00    
Taman Industri Ekologi Tanpa Pencemaran akan Dibangunkan di Zon Pembangunan Tianjin China

Agensi Berita Xinhua China
Penyelidikan sedang dilakukan di Zon Pembangunan Tianjin—zon pembangunan ekonomi dan teknologi peringkat negara China untuk memastikan tidak ada barang buangan dibuang sebarangan di zon itu. Jika percubaan membangunkan taman industri ekologi mematuhi piawaian "barang yang dibuang berjaya dikitar semula" mencapai kejayaan, ini akan bermanfaat bagi kerajaan China mengatasi masalah pembangunan di zon industri yang sentiasa mengalami pencemaran.

Pengarah Biro Perlindungan Alam Sekitar Zon Pembangunan Tianjin Encik Wu Guohua menyatakan, "Taman Industri Ekologi itu dibangunkan dengan bertujuan untuk membolehkan barang buangan perusahaan dapat digunakan semula sebagai bahan mentah perusahaan yang lain. Melalui kaedah kitar semula barang buangan dan menggunakan semula produk yang diperbuat daripada bahan kitar semula itu akan mewujudkan suasana tidak ada barang buangan dibuang di taman tersebut." Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China baru-baru ini menetapkan untuk menubuhkan Taman Contoh Industri Ekologi pertama peringkat negara di Zon Pembangunan Tianjin. Percubaan itu dilaksanakan pertama kali selepas penubuhan 49 buah zon pembangunan peringkat negara di China.

Sebagai contoh, Encik Wu Guohua menyatakan, setelah projek pengeluaran kereta Toyota Jepun dilaksanakan di zon pembangunan China, dua perusahaan berkaitan industri kereta ditempatkan segera di zon pembangunan itu. Di dua perusahaan berkaitan itu, kereta buangan dan bahan buangan dalam proses pengeluaran kereta akan dikitar semula menjadi jongkong keluli dan menjadi bahan mentah untuk digunakan semula oleh kilang pengeluaran kereta." Ini bermakna di samping memberi sumbangan melindungi ekologi alam sekitar, perusahaan tersebut juga mendapat keuntungan yang maksimum.

Rancangan pembangunan taman industri ekologi di Zon Pembangunan Tianjin telah diasaskan oleh sekumpulan pakar. Berdasarkan rancangan itu, dalam tempoh kira-kira 10 hingga 15 tahun yang akan datang, pangkalan pengeluaran barangan teknologi tinggi yang berkonsepkan kerjasama antara industri pengeluar dan industri pemproses barangan yang dikitar semula akan ditubuhkan di zon pembangunan.

Dalam tempoh 25 tahun yang lalu, China mencapai kejayaan apabila pertumbuhan Keluaran Dalam Negara kasar China melebihi 8% purata tahunan, akan tetapi, penggunaan sumber telah menjejaskan dengan teruk ekologi alam sekitar.

Untuk mengatasi masalah yang wujud dalam pertumbuhan ekonomi yang pesat itu, kerajaan China mengemukakan konsep perkembangan yang baru iaitu "Perkembangan secara menyeluruh, selaras dan berterusan". Pada masa ini, cara barang buangan dikitar semula mulai dilaksanakan untuk mengelakkan pencemaran dalam proses pengeluaran di beberapa provinsi dan wilayah autonomi China.

Menurut maklumat, Jabatan Pentadbiran Am Perlindungan Alam Sekitar China mengadakan percubaan di zon industri pembangunan ekonomi yang barang buangannya dikitar semula di provinsi dan wilayah autonomi China seperti Provinsi Liaoning, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam dan Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, manakala di beberapa kawasan di Provinsi Guangdong dan Shandong, rancangan pembangunan taman contoh industri pembangunan ekonomi negara telah selesai dijalankan. Pengerusi Tabung Perlindungan Alam Sekitar China Encik Qu Geping berpendapat, masyarakat yang berhemat menggunakan sumber alam sedang dibangunkan di China berdasarkan tuntutan "barang buangan dikitar semula".

----Ching