Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-24 13:15:55    
Perusahaan Industri yang Akibatkan Pencemaran akan Dikawal

Agensi Berita Xinhua China

Kawalan akan dilaksanakan terhadap perusahaan-perusahaan yang mengakibatkan pencemaran dalam 5 industri seperti kimia, bahan makanan, cap dan celup di kawasan aliran Sungai Minjiang dan Sungai Tuojiang di Provinsi Sichuan pada tahun 2004 berdasarkan kejayaan yang dicapai dalam kawalan pencemaran pembuatan kertas, cap dan celup. Tahap peluputan barang buangan dari 399 perusahaan industri yang mengakibatkan pencemaran di kawasan aliran Sungai Minjiang dan Sungai Tuojiang akan mencapai standard sebelum penghujung tahun 2004.

Ketua Pengarah Jabatan Perlindungan Alam Sektiar Provinsi Sichuan Encik Zhu Tiankai menyatakan, kawasan aliran Sungai Minjiang dan Sungai Tuojiang terletak di kawasan pusat ekonomi yang penduduknya padat di provinsi itu, jumlah peluputan barang pencemaran menduduki kira-kira 2/3 seluruh provinsi itu, perusahaan yang peluputan barang buangan pencemaran di kawasan itu berjumlah lebih 300 buah, dan akan mengakbiatkan pencemaran serius terhadap kedua-dua sungai tersebut pada bila-bila masa.

Menurut Encik Zhu Kaitian, prinsip "pegawai yang salah bekerja akan bertanggungjawab terhadap peristiwa kemalangan" akan dilaksanakan dalam kawalan pencemaran kali ini. Jika sesebuah perusahaan tidak disenaraikan dalam nama kawalan pencemaran kali ini dan mengakbiatkan penceraman serius, pegawai kerajaan tempatan berkaitan akan bertangunggjawab atas kejadian itu. 32 buah perusahaan antaranya akan diselia dengan ketat, pegawai perusahaan dan badan perlindungan alam sekitar harus bekerja dengan bersungguh-sungguh.

Gabenor Provinsi Sichuan Encik Zhang Zhongwei menegaskan, senarai nama perusahaan yang harus melaksanakan kawalan pencemaran dalam masa yang terhad harus diumumkan oleh kerajaan bandar berkaitan. Tahap pelupusan barang buangan semua perusahaan yang mengakibatkan penceraman di kawasan aliran Sungai Minjiang dan Sungai Tuojiang harus mencapai standard. Hukuman ekonomi akan dijatuhkan terhadap perusahaan yang melanggar undang-undang, bukan sahaja memberi pampasan ekonomi tetapi juga bertanggungjawab atas jenayah yang dilakukan.

----Ching