Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-24 10:53:24    
Prospek Pelancongan Perdagangan China Cerah

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Kemuncak Sektor Pelancongan Perdagangan Antarabangsa 2004 sedang diadakan di Beijing, para peserta menyatakan, sebagai bidang yang maju dalam sektor pelancongan, pelancongan perdagangan di China mempunyai masa depan yang cerah.

Para peserta menegaskan, dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China sudah mencapai kejayaan dalam pembinaan infrastruktur pelancongan, jumlah negara yang mendapat kebenaran menguruskan penerbangan langsung dengan China semakin hari semakin banyak, di samping itu, sistem perkhidmatan pelancongan yang lengkap telah memudahkan pelancongan perdagangan. Pertumbuhan ekonomi yang pesat di China dan pelbagai jenis pameran serta persidangan telah menarik pelancong perdagangan.