Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-24 11:22:22    
88 Agensi Bank Asing di China boleh Urus Niaga RMB

Agensi Berita China
Menurut Agensi Berita China, Naib Pengerusi Jawatankuasa Penyeliaan dan Pentadbiran Perbankan China Shi Jiliang semalam di Beijing menyatakan, daripada hampir 200 agensi bank asing di China, terdapat 88 agensi kewangan diizinkan mengurusniagakan RMB.

Shi Jiliang berkata, Jawatankuasa Penyeliaan dan Pentadbiran Perbankan China akan terus melaksanakan janjinya semasa menganggotai WTO, secara beransur-ansur membatalkan sekatan kepada bank asing dalam pelbagai bidang, secara stabil membuka sektor perbankan. Dimaklumkan, sehingga tahun 2006, China akan membuka semua bidang dalam urusan perbankan, bank China dan bank asing boleh bersaing dengan sama rata dan saling menguntungkan.