Agensi Berita Xinhua China melaporkan, Timbalan Menteri Pembinaan China, encik Qiu Baoxing semalam di Beijing menyatakan, China akan berusaha membangunkan lalu lintas awam di bandar dalam lima tahun yang akan datang dan menetapkan sistem lalu lintas di bandar China.
Encik Qiu Baoxing dalam sidang kerja tentang lalu lintas awam bandar kebangsaan yang diadakan di Beijing berkata, pengalaman pembangunan lalu lintas awam bandar di peringkat antarabangsa mencerminkan bahawa kunci penyelesaian masalah lalu lintas di bandar adalah menetapkan peranan utama lalu lintas awam dalam sistem lalu lintas bandar dan menumpukan pembangunan lalu lintas awam di bandar.
Beliau menjelaskan bahawa konsep lalu lintas awam termasuk perkhidmatan bas, bas elektrik, lalu lintas berlandasan, teksi, feri dan sebagainya dan merupakan salah satu kemudahan asas yang penting bagi kerajaan untuk menyediakan perkhidmatan perjalanan kepada orang awam.
Mengutamakan pembangunan lalu lintas awam, membentuk sistem lalu lintas awam bandar yang pantas bukan sahaja dapat mengatasi kesesakan lalu lintas bandar, tetapi juga berfaedah untuk memperbaiki kumudahan pengankutan awam di kawasan kediaman penduduk bandar dan mendorong perkembangan bandar yang berterusan.
Kata beliau, dalam lima tahun yang akan datang, Kementerian Pembinaan akan menggalakkan pelbagai tempat memperkenalkan sistem perkhidmatan bas yang kosnya rendah, kapasiti pengangkutan besar dan sangat berkesan bagi mengatasi kesesakan lalu lintas di bandar.
Dengan membina lebih banyak stesen bas dan tempat meletakkan bas serta laluan khusus untuk bas, kelajuan purata bas akan ditingkatkan kepada lebih 20 kilometer. Menurut perancangan, lima tahun akan datang, bandar raya China seperti Beijing akan membentuk sisitem lalu lintas awam yang sangat cekap untuk merealisasikan matlamat menjadikan kawasan perbandaran di sesebuah bandar ke sebarang tempat mengambil masa perjalanan tidak melebih 50 minit.
Tambah beliau, pada masa yang akan datang, China akan meningkatkan pelaburan terhadap pembinaan kemudahan asas lalu lintas awam di bandar dan menarik dana masyarakat tempatan bahkan luar negara dalam pembaharuan dan penyusunan semula perusahaan lalu lintas awam negara ini.
|