Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-25 14:00:01    
Mekanisma Jangka Panjang Pengawalan Keselamatan di Kampus dan Kawasan Sekitarnya telah Dibentuk di China

Agensi Berita Xinhua China
Kawalan Keselamatan yang dilaksanakan di kampus dan kawasan sekitarnya mencapai kejayaan dalam lingkongan dan masa yang tertentu. Akan tetapi, usaha itu tidak dapat diperkukuh. Sehubungan dengan itu, badan berkaitan sedang berusaha untuk membentuk mekanisma jangka panjang pengawalan keselamatan di kampus dan kawasan sekitarnya.

Suruhanjaya Pentadbiran dan Perundangan Pusat China mengesahkan untuk membentuk kumpulan pimpinan kerja kawalan keselamatan di kampus dan kawasan sekitarnya pada bulan Julai tahun 2002. Suruhanjaya itu terdiri daripada 10 badan untuk membimbing dan menyelaraskan pekerjaan badan-badan pendidikan, keselamatan awam, kehakiman, kebudayaan, industri maklumat dan lain-lain untuk menyempurnakan suasana bagi belia membesar.

Menurut pegawai Pejabat Kumpulan Pimpinan Kerja Kawalan Keselamatan di Kampus dan Kawasan Sekitarnya, kerja kawalan keselamatan merupakan tugas jangka panjang, kerajaan pelbagai peringkat harus memasukkan penyempurnaan suasana di kampus dan kawasan sekitarnya dalam rancangan bandar, membasmikan faktor yang menyebabkan kekacauan, meningkataan pembangunan sistem agar tugas seharian kawalan keselamatan di kampus dan kawasan sekitarnya dilaksanakan oleh badan yang tertentu.

Berdasarkan maklumat, untuk membentuk mekanisma jangka panjang pengawalan keselamatan di kampus dan kawasan sekitarnya, Kementerian Pendidikan China mengemukakan bahawa masalah penting yang sukar diselesaikan harus dianalisis, khususnya punca masalah keselamatan yang mungkin berlaku dan pertentangan bersifat kumpulan harus diutamakan. Memainkan dengan penuh peranan pertubuhan kolektif seperti komuniti kediaman penduduk dalam usaha kawalan keselamatan di kampus dan kawasan sekitarnya.

Selain melaksanakan tindakan kawalan keselamatan, membanteras kegiatan jenayah yang menjejaskan belia, Kementerian Keselamatan Awam mengemukakan bahawa badan-badan berkaitan seperti balai polis dan pasukan polis komunikasi harus mengekalkan hubungan dengan sekolah, mengetahui masalah yang dihadapi mereka dalam kawalan keselamatan dan keselamatan komunikasi, mengkaji dan menetapkan cadangan kawalan keselamatan.

----Ching