|
Menurut berita CRI, kenyataan ketua pengarah Biro Statistik China Li Deshui yang diterbitkan dalam akhbar Renminribao hari ini telah menjelaskan situasi dan kawalan makro ekonomi China sekarang. Beliau berkata, situasi ekonomi China adalah baik pada keseluruhannya, melalui kawalan makro, ekonomi China boleh berkembang pesat dengan stabil.
Beliau menegaskan, pada tahun ini, ekonomi China berkembang baik, dasar pembaharuan dan buka pintu terus dilaksanakan, masyarakat berkembang pesat, kawalan makro sudah mencapai kejayaan, KDNK China pada suku tahun pertama meningkat 9.8% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Beliau menyatakan, masalah ekonomi China sekarang ialah jumlah pelaburan aset tetap meningkat terlalu cepat, skopnya terlalu besar, projek baru terlalu banyak, jumlah pinjaman wang meningkat terlalu cepat.
|