Menurut akhbar Renminribao China, Pengurus Besar Syarikat Kumpulan Industri Nuklear Kang Rixin semalam di Beijing menyatakan, elektrik nuklear di China berkembang pesat, sekarang, China sendiri boleh mereka bentuk logi janakuasa nuklear yang moden dan mampu menjaga elektrik jutaan kilowatt. Industri elektrik nuklear semakin maju di China.
Kang Rixin berkata, sekarang, kapasiti elektrik nuklear di China mencapai 8.7 juta kilowatt, China mempunyai 6 logi janakuasa nuklear, setelah beroperasi selama belasan tahun, logi janakuasa nuklear itu tidak menjejaskan alam sekitar. Melalui penerokaan sendiri dan kerjasama antarabangsa, industri elektrik nuklear China sudah mencapai taraf yang maju di dunia.
Dimaklumkan, sehingga tahun 2020, kapasiti elektrik nuklear China akan mencapai lebih kurang 27 juta kilowatt.
|