Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-26 14:31:34    
Kadar Litupan Hutan akan Mencatat 18% di Provinsi Shanxi pada tahun 2010

Agensi Berita Xinhua China
Kerajaan Provinsi Shanxi akan menyelesaikan tugas tanaman hutan 267 ribu hektar ke atas purata setiap tahun pada tahun ini sehingga tahun 2010 agar kadar litupan hutan di provinsi itu mencatat 18%.

Kadar litupan hutan di Provinsi Shanxi pada masa ini mencatat 13.17%, lebih rendah daripada taraf purata seluruh negara dan jauh lebih rendah daripada provinsi dan wilayah autonomi yang maju dalam bidang perhutanan. Untuk mencapai matlamat mewujudkan kadar litupan hutan akan mencatat 18% pada tahun 2010, kerajaan Provinsi Shanxi mengemukakan akan membangunkan dengan aktif 4 sistem perhutanan pada beberapa tahun akan datang. Satu ialah membentuk sistem perhutanan perlindungan ekologi yang dapat mengawal kehilangan air dan kelongsoran tanah di kawasan bukit di bahagian barat provinsi itu; kedua ialah membentuk sistem perhutanan perlindungan ekologi yang dapat mencegah dan mengawal pasir di kawasan bukit di bahagian utara provinsi itu; ketiga ialah membentuk sistem perhutanan perlindungan ekologi yang dapat melindungi punca air di kawasan pergunungan di bahagian timur provinsi itu dan keempat ialah membentuk sistem perhutanan perlindungan ekologi yang dapat melindungi sawah ladang, meningkatkan keupayaan pengeluaran bahan makanan di enam lembangan utama. Sehubungan dengan itu, kerajaan Provinsi Shanxi bukan sahaja akan melaksanakan 5 projek perhutanan peringkat negara utama yang meliputi pemulihan tanah pertanian menjadi hutan semula dan perlindungan hutan asli, tetapi juga telah mengemukakan akan mempercepat langkah untuk membina saluran hijau tanpa pencemaran, pembangunan bandar dan desa bergaya taman, menanam pokok di kawasan empangan dan destinasi pelancongan dan mengutamakan perkembangan perhutanan ekonomi.

Kerajaan Provinsi Shanxi juga mengemukakan rancangan perkembangan perhutanan dalam tempoh 50 tahun yang akan datang. Iaitu, mencapai kemajuan besar dalam tempoh 10 tahun, mencapai kejayaan awal dalam tempoh 20 tahun dan mewujudkan matlamat "Provinsi Shanxi yang hijau" pada asasnya dalam tempoh 50 tahun. Kadar litupan hutan akan dikekalkan pada 30% ke atas pada tahun 2050 di provinsi itu.

----Ching