|
Menurut berita CRI, Naib Menteri Perdagangan China, Zhang Zhigang hari ini di Beijing berkata, setakat ini, pelaburan langsung China di lebih 160 buah negara telah melebihi 20 bilion dolar Amerika.
Dalam forum antarabangsa yang diadakan hari ini, Zhang Zhigang berkata, China akan terus memperluas pembaharuan dan buka pintu, mengambil bahagian dalam kerjasama ekonomi antarabangsa dan menggalakkan perusahaan China melabur di luar negara.
|