Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-27 11:41:13    
Orang Cacat di Tibet Mendapat Rawatan

Agensi Berita Xinhua China
Wartawan mendapat maklumat dari Kesatuan Orang Cacat Wilayah Autonomi Etnik Tibet China bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebanyak lebih 25 ribu orang cacat di Tibet mendapat rawatan.

Untuk menyelesaikan isu orang cacat Tibet mendapat pendidikan, rawatan dan peluang kerja, Kesatuan Orang Cacat telah ditubuhkan di 75% ke atas kaunti di Tibet, terdapat juga pekerja khas di berapa mukim.

Kesatuan Orang Cacat Wilayah Autonomi Etnik Tibet mengabungkan projek utama dengan perkhidmatan awam, melaksanakan rawatan perubatan, latihan , penerangan pengetahuan dan perkhidmatan tanya jawab di tempat kediaman penduduk dan keluarga orang cacat.

Berdasarkan maklumat, rawatan telah dilaksanakan bersama oleh Kesatuan Orang Cacat Wilayah Autonomi Etnik Tibet dengan kumpulan perubatan pembedahan penyakit katarak selama beberapa tahun dan mengakibatkan lebih 20 ribu pesakit katarak Tibet dapat melihat semula. Selain itu, pembedahan dan latihan telah dilaksanakan terhadap lebih 400 pesakit yang mengalami rintangan bergerak Tibet sehingga 83 kanak-kanak yang mengalami lumpuh otak dipulihkan.

Pada masa ini, Kesatuan Orang Cacat Wilayah Autonomi Etnik Tibet telah membentuk pusat penyediaan perkhidmatan barang-barang kegunaan orang cacat di seluruh wilayah autonomi untuk memberi bantuan kepada 225 pesakit. Disamping itu, satu-satunya syarikat pemasangan tangan dan kaki palsu juga ditubuhkan di Tibet untuk memasang tangan dan kaki palsu kepada 82 pesakit.

Pada masa ini, kerja penyembuhan orang cacat di Wilayah Autonomi Etnik Tibet bukan sahaja meliputi merawat untuk menyebabkan mata pesakit katarak dapat melihat semula, memberi latihan lisan dan pendengaran dan memberi rawatan kepada pesakit lumpuh kanak-kanak, tetapi juga berkerja dalam enam bidang lain seperti memberi rawatan kepada pesakit yang mengalami rintangan bergerak, memberi iodin kepada pesakit yang berkaitan dan memberi perkhidmaan pembekalan barang-barang kegunaan.

----Ching