|
Encik Yang Yonglin tidak pernah memandu kereta persendirian masuk ke pejabat sebelum beliau bersara, akan tetapi, setelah beliau bersara beliau memandu kereta untuk belajar di universiti. Pekerja itu yang bersara dari Syarikat Penerbangan Xiamen meluluskan peperiksaan untuk mendapat lesen memandu sebelum bersara, dan membeli satu kereta persendirian setelah bersara. Pada masa ini, belajar di universiti bersama-sama dengan isterinya dengan memandu kereta persendirian telah menjadi perkara penting dalam kehidupannya.
Di Provinsi Fujian, jumlah warga tua seumpama Encik Yang Yonglin yang memiliki kereta persendirian kurang banyak, akan tetapi, ramai orang tua belajar di universiti seumpama Encik Yang Yonglin. Puan Yao Xiuying telah belajar di Universiti Orang Tua Fujian selama hampir 20 tahun. Beliau pernah belajar kaligrafi, syair dan lukisan tradisional China mengikuti kursus awam, kemudian beliau belajar mengikuti kursus pelajaran dengan lebih lanjut dan kursus penyelidikan. Pada masa ini, beliau bukan sahaja boleh menulis syair dan melukis lukisan, tetap juga menjalankan penyelidikan terhadap jurusan yang dibelajarinya.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, skop dan kecepatan perkembangan pendidikan kalangan orang tua di Provinsi Fujian sentiasa menduduki tempat terdepan di China. Menurut statistik, di provinsi itu dibuka sebanyak lebih 5200 universiti dan sekolah bagi 406 ribu orang tua mendapat pengajaran. Angka pelajar tersebut menduduki 9.8% jumlah orang tua provinsi itu. Jumlah sekolah dan pelajar meningkat dua kali ganda ke atas berbanding 5 tahun lalu. Sekarang, lebih 40 mata pelajaran telah dibuka di Universiti Orang Tua Provinsi Xiamen yang meliputi sejarah, penjagaan kesihatan, kesenian dan sukan. Terdapat lebih 90 kursus pengajaran dengan sebanyak lebih tiga ribu pelajar menerima pendidikan di universiti itu, dan semakin ramai orang tua ingin belajar.
Menurut pegawai kewibawaan, belajar di univerisiti bukan sahaja akan memenuhi kehidupan rohaniah orang tua, tetapi juga akan merealisasikan impian mereka pada masa muda seperti menjadi pelukis lukisan tradisional China, jurugambar dan ahli kaligrafi.
----Ching
|