Muzium Singa He Dongtang terletak di pekan Toucheng Kaunti Yilan Taiwan. Muzium itu menghadap laut dan berlatarbelakangan adalah gunung, pemandangannya amat indah. Di Muzium itu, terdapat pelbagai jenis patung singa yang diperbuat daripada batu, jed, emas, tembikar, tembaga serta lukisan singa, ukiran kayu berbentuk singa dan buku tentang singa. Muzium He Dongtang bukan sahaja menyimpan barangan kesenian berkaitan singa, malah hiasan Muzium itu juga mencerminkan "kebudayaan singa" China yang istimewa.
Muzium tersebut lebih istimewa antara pelbagai Muzium di Taiwan. Kurator Muzium itu, Gao Jianwan merasa amat bangga, katanya Muzium seperti itu jarang terdapat di tempat lain.
Gao Jianwan berkata, bagi orang China, singa sudah menjadi lambang kebudayaan. Katanya, minatnya terhadap singa sudah bercembah sejak beliau masih kecil lagi. Pada masa itu, ibu bapanya sering ke kuil untuk membakar dupa di sana, beliau tinggal di luar kuil itu dan bermain di sekitar patung singa di luar pintu kuil itu, patung singa yang amat besar merupakan kawannya. Ketika beliau berumur 20 tahun, beliau melihat sebuah ukiran patung singa Dinasti Han dan Tang di kedai, walaupun harganya sangat mahal tetapi beliau telah membeli patung singa itu. Sejak itu, beliau mulai mengumpul barangan kesenian yang berkaitan "kebudayaan singa" dari pelbagai tempat.
Encik Gao Jianwan sekarang berusia 58 tahun, "koleksi patung singa" beliau amat banyak. Sejak 40 tahun yang lalu, asal sahaja barangan yang berkaitan singa yang beliau anggap berharga, beliau akan membelinya dengan segera, setakat ini, beliau telah mengumpul lebih 6 ribu buah barangan, bahkan beliau dapat menceritakan bila barangan itu disimpan, bahan buatannya dan dibeli di mana.
Bahan koleksi Muzium He Dongtang diperoleh dari pelbagai tempat di dunia, antaranya 80% daripada tanah besar China. Kebanyakan barangan itu adalah barang antik yang diperbuat pada zaman Dinasti Han, Tang hingga Dinasti Ming dan Qing, bagaimana beliau mendapat barangan tersebut? Gao Jianwen berkata, ada barang antik itu dirampas oleh negara lain pada zaman dahulu dan ada juga yang diseludup secara haram ke negara lain, beliau membayar harga yang mahal untuk membeli barang antik itu supaya dapat disimpan di China.
China bukan tempat asal singa, singa dibawa ke China seiring dengan perkembangan pertukaran lawatan antara timur dan barat. Sehingga zaman Dinasti Han, catatan sejarah baru ada mencatatkan secara ringkas tentang singa, akan tetapi kebanyakan singa dibawa ke China sebagai sumbangan kerajaan negara asing, biasanya keluarga diraja sahaja boleh melihat singa tersebut, rakyat awam tidak berpeluang menykasikannya. Namun, dalam kebudayaan China, barangan kesenian berbentuk singa terlalu banyak. Gejala itu telah menimbulkan minat sesetengah orang, ada sarjana di Taiwan dan Tanah Besar China sedang mengkaji perkara itu.
Gao Jianwan berkata, agama Buddha dan agama Dao China menjadikan singa sebagai lambang nasib baik, ini juga menjadikan singa sebagai lambang memohon bahagia dan mengelakkan malapetaka. Kebanyakan adat resam China melihatkan gambar atau patung singa, di depan pintu selalu ada patung singa, pada hari raya tradisional selalu diadakan tarian singa. Encik Gao Jianwan berkata, mengumpul barangan berbentuk singa sebenarnya mengumpul kebudayaan, mengumpul sebahagian keistimewaan kebudayaan China.
Saudara pendengar, jika berpeluang berkunjunglah ke Taiwan dan melawat Muzium He Dongtang.
----Fidah
|