Menurut Agensi Berita Xinhua: Pinjaman wang pembangunan projek Ekspo China-ASEAN berjumlah 2.55 bilion Yuan RMB. Pada hari ini, kontrak pinjaman wang dan perjanjian kerjasama telah ditandatangani antara Bank Pembangunan Negara China Cawangan Guangxi dengan badan-badan berkaitan seperti Kerajaan Rakyat Bandar Nanning dan Syarikat Pembangunan, Pelaburan dan Perkembangan bandar Nanning.
Berdasarkan maklumat, pinjaman wang tersebut akan digunakan untuk membangunkan projek infrastruktur bagi Ekspo China-ASEAN, seperti memperluaskan lapangan terbang, kawalan kemudahan pameran, pembinaan jalan dan jejambat, perlindungan alam sekitar, kemudahan perkhidmatan dan lain-lain untuk menyediakan suasana bandar yang lebih baik kepada Ekspo itu.
|