Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-28 13:13:17    
Pameran Pesta Malaysia di China 2004 hari ini Dirasmikan di Beijing

cri

Pameran Pesta Malaysia di China telah dirasmikan di Pusat Pameran Antarabangsa China pagi ini. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah merasmikan pameran dan memberi ucapan.

Pameran kali ini merupakan salah satu siri aktiviti dalam lawatan rasmi Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ke China sempena ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia.

Turut menyaksikan upacara perasmian ialah Duta Besar Malaysia di China Datuk Abdul Majid bin Ahmad Khan, serta menteri-menteri Malaysia yang mengiringi lawatan Datuk Seri Abdullah di China, termasuk Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dato' Seri Rafidah Aziz.

Pesta kali ini telah menarik 84 perusahaan dan agensi daripada pelbagai sektor di Malaysia. Antara program pameran utama pesta itu adalah produk elektronik, getah dan produk getah, minyak sawit, bahan binaan serta institusi pendidikan dan lain-lain.

Wartawan Bahagian Bahasa Melayu Kami Zhang Wenwen(Awan, kiri pertama) dan Chang Shan(Puspa, kiri kedua) mewawancara Prof. Mohd. Yusof Kasim (tengah), Pengarah Pusat Kerjasama dan Hubungan Antarabangsa Universiti Malaysia Sabah dalam pameran.