Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-31 17:19:34    
Surat Tahniah Menteri Luar China kepada Menteri Luar Malaysia

CRI
Menteri Luar Malaysia, Dato' Seri Syed Hamid Albar,

Sempena perayaan ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia, saya merakamkan ucapan tahniah dan harapan baik kepada tuan.

Hubungan China-Malaysia telah mencapai perkembangan yang pesat dalam tempoh 30 tahun yang lalu, pertukaran dua hala pelbagai peringkat semakin meningkat, kerjasama dalam pelbagai bidang juga mencapai kejayaan yang besar, kepentingan bersama kedua-dua negara terus meluas. Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah mengadakan lawatan yang berjaya ke China baru-baru ini. Dalam tempoh lawatan beliau, pemimpin kedua-dua negara telah bersetuju untuk terus mendorong kerjasama strategik China-Malaysia, ini amat penting bagi mengembangkan hubungan kedua-dua negara. Saya bersedia bekerjasama dengan Tuan untuk melaksanakan bersungguh-sungguh persepakatan pemimpin kedua-dua negara, mendorong maju hubungan China-Malaysia pada masa akan datang.

Semoga usaha persahabatan China-Malaysia berkembang maju.

Menteri Luar China,

Li Zhaoxing

31 Mei 2004