Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-31 17:22:09    
Surat Tahniah Presiden Hu Jintao kepada Yang di-Pertuan Agong Malaysia

CRI
Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra,

Sempena perayaan ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik China-Malaysia, saya secara peribadi dan bagi pihak rakyat China merakamkan ucapan tahniah dan harapan yang baik kepada rakyat Malaysia.

China merupakan negara jiran baik Malaysia, rakyat kedua-dua negara telah menjalinkan hubungan persahabatan tradisi yang amat baik. Dalam tempoh 30 tahun yang lalu, pemimpin veteran kedua-dua negara bersama-sama menjalinkan diplomatik secara rasmi antara China dan Malaysia demi kepentingan rakyat kedua-dua negara. Malaysia merupakan negara pertama ASEAN yang menjalinkan hubungan diplomatik dengan China. Atas usaha bersama kedua-dua pihak dalam tempoh 30 tahun yang lalu, hubungan China-Malaysia berkembang pesat, kejayaan besar yang dicapai dalam kerjasama dua hala pelbagai bidang telah membawa faedah kepada rakyat kedua-dua negara dan juga memberi sumbangan yang penting kepada perdamaian, kestabilan dan kemakmuran serantau.

Kini, China dan Malaysia berusaha untuk mewujudkan pembangunan negara sendiri, peningkatan pertukaran persahabatan dan kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara yang mempunyai potensi yang besar dan prospek yang cerah dan selaras dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara. China menghargai persahabatan tradisi China-Malaysia dan mengutamakan perkembangan hubungan kedua-dua negara, saya bersedia bersama-sama Yang di-Pertuan Agong mendorong maju hubungan persahabatan dan kerjasama jiran baik kedua-dua negara secara menyeluruh.

Semoga negara makmur dan rakyat bahagia.

Semoga hubungan persahabatan tradisi China-Malaysia dikekalkan selama-lamanya.

Presiden China, Hu Jintao

31 Mei 2004