Sejak tahun ini, permintaan terhadap pengangkutan kargo menggunakan perkhidmatan kereta api amat tinggi di China. Walaupun jabatan kereta api berusaha dengan sedaya upaya memenuhi keperluan itu, akan tetapi, 2/3 permintaan pengangkutan kargo tetap sukar dipenuhi. Kerajaan China telah menetapkan untuk meningkatkan kelajuan kereta api untuk menyelesaikan masalah yang wujud dalam pertumbuhan ekonomi.
Perkembangan sosioekonomi China kekal pesat, ini pasti akan mendorong peningkatan permintaan sumber tenaga dan bahan keperluan asas. Manakala, kelajuan pertumbuhan ekonomi berbeza di pelbagai provinsi dan jumlah sumber tenaga juga berlainan di pelbagai tempat di China, bertambah pula perkembangan dalam bidang pembangunan kereta api agak perlahan dan keupayaan pengangkutan kereta api amat rendah, ini menyukarkan bekalan keperluan asas utama dihantar kepelbagai tempat.
Selain itu, dalam tempoh perayaan Tahun Baru China, semasa menghadapi tekanan menampung jumlah penumpang yang meningkat dengan banyak dan keupayaan pengangkutan terhad, jabatan kereta api terpaksa menghentikan sejumlah besar pengangkutan kargo untuk menjamin perkhidmatan kereta api penumpang mencukupi pada musim perayaan tersebut. Apa bila hari perayaan itu selesai, perkhidmatan pengangkutan kargo akan dipulihkan semula.
Permintaan untuk mengangkut pelbagai kargo utama pada masa yang sama juga mengakibatkan pengangkutan kereta api menghadapi kesukaran.
Berdasarkan statistik terbaru, panjang perkhidmatan landasan kereta api China kini mencatat 73 ribu kilometer, skopnya menduduki tempat pertama di Asia dan menduduki tempat ketiga di dunia. Akan tetapi, jumlah penduduk China ramai, panjang landasan kereta api purata setiap orang tidak sampai panjang satu batang rokok. Manakala pengangkutan 56% bahan makanan harus dilaksanakan dengan kereta api di China. Dalam tempoh tidak sampai 3 bulan lalu, jumlah arang batu yang diangkut dengan kereta api di China sama dengan jumlah arang batu yang diguna di 22 logi termoelektrik yang skopnya sederhana.
Masalah yang wujud dalam bidang pengangkutan kereta api telah menyekat pertumbuhan ekonomi negera. Masalah ini akan lebih menonjol dalam pertumbuhan ekonomi pada masa depan. Sehubungan dengan itu, "Rancangan Jaringan Kereta Api Jangka Sederhana dan Panjang" harus dilaksanakan untuk mempercepat pembinaan landasan kereta api baru, mendorong modenisasi teknologi, meningkatkan keupayaan pengangkutan dan mewujudkan pembinaan dengan pesat landasan kereta api.
Sehubung dengan itu, kerajaan China menetapkan buat kali kelima untuk meningkatkan kelajuan kereta api secara besar-besaran, ini bukan sahaja bermanfaat untuk menggunakan dengan penuh keupayaan pengangkutan kereta api yang baru ditingkatkan, tetapi juga meningkatkan taraf perkhidmatan kereta api dengan menyusun semula cadangan pengoperasian kereta api, meningkatkan nisbah kereta api pengangkutan kargo agar sesuai dengan pertumbuhan ekonomi negara yang kekal, pesat dan selaras.
Di samping itu, badan kereta api akan mengutamakan pembinaan laluan kereta api pengangkutan kargo, berdasarkan lokasi sumber tenaga dan perusahaan industri China, meningkatkan taraf landasan kereta api. Modenisasi perkhidmatan kereta api China akan diwujudkan pada asasnya pada tahun 2020, supaya keupayaan pengangkutan sesuai dengan permintaan pertumbuhan ekonomi China dan menyelesaikan secara menyeluruh masalah yang wujud dalam sektor itu.
----Ching
|