Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-31 13:51:46    
China Beri Sumbangan Penting terhadap Perkembangan Sains Laut Dunia

Agensi Berita Xinhua China
Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Laut Antara Kerajaan UNESCO Doktor Bernal semasa menyertai seminar sains antarabangsa di bandar Hangzhou China baru-baru ini bagi pihak Suruhanjaya Laut Antara Kerajaan UNESCO menyanjung tinggi usaha China memberi sumbangan penting terhadap perkembangan sains laut dunia.

Beliau berkata, " penyelidikan sains laut merupakan cabaran yang dihadapi oleh kerajaan pelbagai negara. Pantai China panjang, pengurusan dan penyelidikan sains laut merupakan sebahagian tugas penting pegawai penyelidik sains laut China. China juga telah menyertai banyak projek kerjasama dalam bidang penyelidikan laut antarabangsa seperti Rancangan ARGO—Sistem Penempatan Boya Sejagat dan Sistem Pengawasan Laut Sejagat. China telah memberi sumbangan penting terhadap perkembangan sains laut dunia."

Rancangan ARGO merupakan projek pengawasan dan pengkajian laut sejagat yang dikemukakan oleh saintis kaji cuaca dan laut pelbagai negara termasuk A.S. pada tahun 1998. Rancangan itu bertujuan untuk mengumpul data-data laut dengan cepat untuk memberi amaran perubahan cuaca kepada pelbagai negara di dunia. China menyertai Rancangan ARGO secara rasmi pada tahun 2001. Pada masa ini, saintis China telah menempatkan lebih 20 boya ARGO di kawasan perairan untuk menyediakan data-data bagi pengkajian sains laut dunia.

Kerajaan China telah menetapkan panduan asas "Meneroka secara melindungi" untuk menjamin sistem ekologi laut tidak terjejas secara berterusan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China telah mengumumkan dan melaksanakan peraturan dan undang-undang seperti "Program Rancangan Pertumbuhan Ekonomi Laut China", "Divisi Fungsi Laut China", "Undang-undang Perlindungan Alam Sekitar Laut" dan "Undang-undang Penggunaan dan Kawalan Kawasan Perairan Laut". Berdasarkan undang-undang tersebut, tindakan penggunaan kawasan perairan telah distandardkan, usaha perlindungan alam sekitar, pencegahan dan mengurangkan kesan bencana telah ditingkatkan.

Naib Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Lautan China Encik Sun Zhihui menyatakan, "Kami telah menyedari bahawa pengetahuan dan penilaian yang tepat dan saintifik terhadap kawasan perairan China bahkan laut sejagat bersandarkan pada usaha kawalan laut yang efisien dan secara berterusan. Sehubungan dengan itu, China bersedia bersama-sama dengan negara jiran dan Suruhanjaya Laut Antara Kerajaan UNESCO meningkatkan kerjasama dalam bidang yang kedua-dua pihak mempunyai kepentingan bersama, China bersedia memainkan peranan yang lebih positif."

Difahamkan, Institut Penyelidikan Laut Kedua Jabatan Laut China yang terletak di bandar Hangzhou bukan sahaja meningkatkan pengkajian dan penerokaan terhadap usaha menawarkan air laut pada masa ini, tetapi juga telah menubuhkan "Pusat Percubaan Penyelidikan Kapasiti Pembiakan di Kawasan Perikanan" di pelabuhan Xiangshan dan Teluk Leqing di Provinsi Zhejiang. Diharapkan kajian sains tersebut membolehkan industri pembiakan hasil laut diperkembang dan ekologi laut dikekal.

Berdasarkan maklumat, Seminar Kajian Sains Antarabangsa ke enam Kawasan Pasifik Barat Suruhanjaya Laut Antara Kerajaan UNESCO yang diadakan di bandar Hangzhou itu dianjurkan bersama oleh Jabatan Laut China, Suruhanjaya Luat Antara Kerajaan UNESCO dan Institut Penyelidikan Laut Kedua Jabatan Laut China. Seramai lebih 200 pakar dari 18 negara dan kawasan telah menyertai seminar itu.

----Ching