Kita tidak dapat membayangkan bagaimana kanak-kanak tanpa mainan. Sejak sekian lama, mainan sentiasa memainkan peranan penting membawa kegembiraan kepada kanak-kanak. Tetapi, kajian terkini yang dijalankan oleh Jabatan Pentadbiran Am Kuarantin, Pemeriksaan dan Pemantauan Kualiti Negara China menunjukkan bahawa kadar mainan kanak-kanak yang tidak memenuhi standard hanya merekodkan 76.3%. Banyak mainan yang berkualiti rendah sedang menjadi pembunuh tersembunyi yang membawa kesan negetif kepada kesihatan mental dan keselamatan nyawa kanak-kanak.
Seiring dengan peningkatan taraf kehidupan, mainan telah menjadi barang keperluan kebanyakan kanak-kanak pada hari ini daripada barang mewah pada masa lampau. Dan seiring dengan perkembangan taraf teknologi dan sains, mainan kanak-kanak telah bertambah banyak seperti mainan elektronik, mainan muzik, mainan berfaedah untuk perkembangan minda.
Menurut data, pada masa ini, di pasaran China terdapat lebih 30 ribu jenis mainan. Tokoh profesional meramalkan bahawa pasaran mainan negara ini akan meningkat 40% setiap tahun. Sehingga tahun 2010, jumlah penggunaan itu akan melebihi 100 bilion Yuan Renminbi.
Walaubagaimana pun, dalam pasaran yang begitu besar, kualiti mainan sangat berbeza, ada yang tinggi, ada yang rendah. Beberapa mainan yang berkualiti rendah telah menjadi "pembunuh tersembunyi" yang menjejaskan kesihatan kanak-kanak .
Yang paling membimbangkan orang ramai ialah masalah keselamatan produk mainan kanak-kanak. Sebagai contoh, senapang tiruan yang dapat mencederakan orang sangat mudah dibeli di mana-mana. Pemeriksaan yang dijalankan oleh badan berkenaan menunjukkan bahawa ada peluru senapang tiruan boleh menembusi dua lapisan kertas kraft dalam jarak 5 meter, malah boleh menembusi empat hingga lima lapisan kertas kraft dalam jarak satu meter. Ini ternyata sangat membahayakan keselamatan kanak-kanak.
Selain itu, mainan yang berkualiti rendah juga akan membawa gangguan mental kepada kanak-kanak. Ini boleh dibuktikan melalui alat mainan yang mengerikan.
Seorang tokoh pendidikan berkata, rangsangan kuat yang disebabkan oleh mainan kengerian akan membawa pengaruh negatif yang lama kepada pertumbuhan mental kanak-kanak.
Kemunculan mainan yang berunsur seks juga membimbangkan orang ramai. Banyak ibu bapa dan tokoh undang-undang menyeru agar peraturan pembahagian kelas mainan segera dikeluarkan untuk menstandardkan pasaran mainan negara China.
----Puspa
|