Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-31 17:13:08    
Surat Tahniah Menteri Luar Malaysia kepada Menteri Luar China

cri
Yang Berhormat Li Zhaoxing

Menteri Luar Repulik Rakyat China

Sempena ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatik Malaysia-China, saya merakamkan ucapan tahniah yang ikhlas kepada saudara dan rakyat China.

Pada 31 Mei 1974, Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri China telah menandatangani pengumuman penjalinan hubungan diplomatik di Beijing. Sejak itu, hubungan Malaysia-China berkembang pesat. Saya percaya, melalui perkembangan hubungan rakan dan strategik kedua-dua negara serta kerjasama saling menguntungkan, hubungan baik yang sedia ada antara Malaysia dan China akan ditingkatkan serta menuju ke era baru. Saya bersedia bekerjasama dengan saudara, berusaha mewujudkan matlamat itu demi kebahagiaan rakyat kedua-dua negara.

Salam hormat Setinggi-tingginya.

Syed Hamid Albar

Menteri Luar Malaysia

25 Mei 2004