Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-31 17:20:52    
Surat Ucapan Tahniah Perdana Menteri China Wen Jiabao kepada Perdana Menteri Malaysia

cri
Perdana Menteri Malaysia

Yang Amat Berhormat Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi

Sempena ulang tahun ke-30 penjalinan hubungan diplomatic China-Malaysia, saya mewakili kerajaan China dan bagi pihak diri saya sendiri merakamkan ucapan tahniah dan harapan yang baik kepada kerajaan Malaysia.

Pada 30 tahun yang lalu, dengan panduan 5 prinsip hidup bersama secara damai, hubungan China dan Malaysia telah mengekalkan trand perkembangan yang baik dan stabil. Kedua-dua negara saling mempercayai, kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, kebudayaan dan pendidikan semakin meningkat, telah menjalankan penyelarasan dan kerjasama yang baik dalam urusan antarabangsa dan kawasan. Perdana Menteri Malaysia melawat China dua kali pada setahun yang lalu dengan berjaya, telah memberikan sumbangan yang penting bagi memangkin perkembangan hubungan China-Malaysia.

Malaysia ialah anggota penting pertubuhan antarabangsa dan kawasan ASEAN dan Pergerakan Negara Berkecuali, meningkatkan hubungan kerjasama dan strategi China-Malaysia sesuai dengan kepentingan asas rakyat kedua-dua negara kita, ini amat bererti penting bagi mendorong perdamaian dan pembangunan rantau ini dan meningkatkan perpaduan dan kerjasama negara membangun. Saya bersedia bersama-sama dengan saudara mencipta masa depan hubungan China-Malaysia yang lebih cerah.

Semoga China dan Malaysia menjadi jiran baik , kawan baik dan rakan baik yang kekal.

Wen Jiabao

Perdana Menteri China

31 Mei 2004 di Beijing