Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-05-31 17:23:40    
China Telah Menjadi Rakan Perdagang ke-3 Paling Besar Bagi Malaysia

CRI
Penganalisis ekonomi menunjukkan bahawa, China dan Malaysia saling melengkapi dalam perdagangan, ini berfaedah bagi perkembangan perdagangan dua hala yang stabil. China telah menjadi pasaran eksport minyak sawit yang paling besar Malaysia.

Pelaburan antara satu sama lain China-Malaysia juga ditingkatkan. Sejak tahun 1998 hingga tahun 2003, pelaburan China ke Malaysia mencapai lebih 8 bilion Yuan RMB dan menempati tempat ke-7. China menjadi negara pelabur ke-7 terbesar di Malaysia.

Penganalisis berpendapat bahawa keadaan perkembangan eknomi China-Malaysia adalah baik. Khsusunya pasaran China yang besar, berpotensi dan berkembang secara berterusan menyediakan peluang luas untuk meingkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Malaysia. Kedua-dua pihak telah menandatangani lebih 10 perjanjian termasuk "Perjanjian Perdagangan". Hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara China-Malaysia lebih teratur dan bersistem.

Dalam segi strategi perkembangan, Malaysia ingin mewujudkan wawasan 2020 dan China sedang giat mewujudkan modenisasi. Seiring dengan penubuhan zon bebas perdangan China-ASEAN, kita yakin hubungan ekonomi dan perdagangan serta hubungan politik antara kedua-dua negara akan terus ditingkatkan.