Menurut Agensi Berita Xinhua: berdasarkan maklumat, indeks kesihatan utama kanak-kanak China pada masa ini menduduki tempat teratas di negara-negara membangun dan mencapai taraf sederhana di seluruh dunia.
Menurut maklumat, pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China amat menumpukan perhatian terhadap peningkatan taraf kesihatan kanak-kanak, kemudahan perubatan, kesihatan dan rawatan kanak-kanak China telah diperbaiki dengan ketara, taraf kesihatan kanak-kanak telah meningkat. Menurut kajian, kadar kanak-kanak China diberi suntikan vaksin secara percuma kekal pada kadar 90% ke atas dalam tempoh yang lama sehingga kanak-kanak yang mengidap penyakit berjangkit amat berkurangan.
|