Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-01 16:10:30    
Perusahaan Perhutanan China Menjadi Bidang Penting Bagi Petani Menambah Pendapatan

Harian Renmin Ribao
Menurut akhbar harian Ren Min Ribao hari ini, Naib Ketua Pengarah Biro Perhutanan Negara China, Lei Jiafu menyatakan bahawa seiring dengan perkembangan pesat sektor perhutanan China, perusahaan perhutanan telah menjadi perusahaan tongkat bagi mengembangkan ekonomi desa di beberapa kawasan serta cara penting bagi petani menambah pendapatan, setiap tahun sektor itu dapat menyediakan peluang bekerja kepada lebih 45 juta orang petani.

Lei Jiafu berkata, petani yang tinggal di desa boleh menambah pendapatan mereka dengan cara menanam pokok, bunga serta tumbuhan yang lain serta memperkenalkan pelancongan hutan; memproses hasil hutan juga boleh menggalakkan sektor berkenaan berkembang pesat dan menambah peluang kerja kepada petani.

Menurut statistik, pada tahun 2003, jumlah pengeluaran perhutanan China mencatat lebih 580 bilion yuan RMB, jumlah itu bertambah 26% berbanding tahun 2002.