Menurut Agensi Berita Xinhua China semalam bahawa pada beberapa tahun kebelakangan ini, China berturut-turut meningkatkan peruntukan untuk mempopularkan pendidikan kanak-kanak. Pada masa ini, nisbah kanak-kanak yang bersekolah di China mencapai 98% ke atas dan taraf pengajaran juga telah ditingkatkan.
Untuk membantu kanak-kanak keluarga miskin menamatkan pelajaran, kerajaan pelbagai peringkat di China mengambil pelbagai tindakan seperti mengurangkan yuran dan harga buku. Selain itu, China juga telah menyediakan dana dalam bidang pendidikan khas bagi mengembangkan pendidikan kanak-kanak cacat.
|