Menurut Agensi Berita Xinhua China, sempena ulang tahun ke-20 penguatkuasaan Undang-undang Autonomi Wilayah Etnik China, pemberita difahamkan dari Biro Statistik Wilayah Autonomi Tibet bahawa pada tahun 2003, wilayah itu mencapai perkembangan yang pesat dalam bidang perdagangan dalam dan luar negara, pos dan telekomunikasi, kajian sains pelancongan, pendidikan dan lain-lain.
Pada tahun lepas, jumlah penjualan runcit barangan penggunaan di Wilayah Autonomi Tibet meningkat sebanyak 9.2% mencatat 5.83 bilion Yuan Renminbi berbanding dengan tahun 2002. Antara itu, jumlah penjualan runcit barangan penggunaan di bandar meningkat 8.5% kepada 2.608 bilion Yuan Renminbi, manakala jumlah penjualan runcit barangan penggunaan di peringkat kaunti dan kampung meningkat 9.8% kepada 3.222 bilion Yuan Renminbi.
Dalam aspek perdagangan luar, jumlah import dan eksport wilayah itu pada tahun 2003 meningkat 23.6% kepada 161.13 juta dolar Amerika berbanding dengan tahun sebelumnya. Antara itu, dagangan eksport meningkat 50% mencatat 121.64 juta dolar Amerika dan dagangan import susut 19.8% kepada 39.49 juta dolar Amerika.
Dalam perdagangan import dan eksport wilayah itu, dagangan sempadan jumlah kecil meningkat 26.3% kepada 77.57 juta dolar Amerika berbanding dengan tahun 2002.
Dalam tempoh yang sama, dagangan eksport Tibet ke Asia meningkat 42.3% mencapai 100.14 juta dolar Amerika dan dagangan Tibet mengeksport ke Eropah meningkat sebanyak 1.1 kali ganda iaitu 9.34 juta dolar Amerika manakala jumlah eksport ke Amerika Utara mencatat peningkatan sebanykan 39% kepada 6.15 juta dolar Amerika.
Pada tahun 2003, industri telekomunikasi Wilayah Autonomi Tibet berkembang pesat, jumlah pendapatan meningkat 34% sebanyak 889 juta Yuan Renminbi.
Walaupun terpengaruhi oleh wabak SARS, jumlah pelancong yang melancong ke Wilayah Autonomi Tibet tahun 2003 juga mencatat rekod tertinggi dalam sejarah iaitu 930 ribu orang. Jumlah itu mencapai peningkatan sebanyak 7.1% berbanding tahun 2002 dan menyumbangkan pendapatan sebanyak 1.037 bilion Yuan Renminbi.
Selain itu, Wilayah Autonomi Tibet juga mencapai perkembangan yang besar dalam bidang penyedilikan sains dan pendidikan.
Wilayah Autonomi Tibet ditubuhkan pada tahun 1965. Dalam tenpoh 40 tahun ini, KDNK wilayah itu meningkat daripada 327 juta Yuan Renminbi pada tahun 1965 kepada 18.459 bilion Yuan Renminbi hingga tahun 2003.
|