Di Provinsi Zhejiang di timur China, ada seorang petani yang bernama Wang Daxiu. Pada 2 tahun yang lalu, beliau telah membina sebuah pusat perlindungan binatang liar menggunakan wang sendiri. Pusat perlindungan itu telah merawat binatang liar yang tercedera, sakit dan lapar. Jika binatang liar itu sudah sembuh, binatang itu akan dilepaskan kembali ke hutan. Tindakan ini bukan sahaja telah mendapat sokongan semua anggota keluarganya, tetapi juga mendapat bantuan kerajaan tempatan. Sekarang, kami menceritakan kisah tentang Encik Wang Daxiu melindungi binatang liar.
Pada hari yang cerah, seorang petani Wang Daxiu bersama-sama dengan pekerja Syarikat pembalakan tempatan, telah melepaskan belasan spesies binatang liar seperti burung hantu, helang dan rusa kembali ke hutan selepas dirawat oleh mereka dan sembuh semula.
Encik Wang Daxiu gembira kerana binatang liar tersebut dilepaskan kembali ke hutan. Beliau berkata: "Saya gembira melihat binatang liar yang telah dirawat kembali ke hutan. Saya dengan binatang-binatang itu bagaikan sahabat, dan saya berharap binatang-binatang itu hidup dalam alam yang bebas".
Encik Wang Daxiu berusia 50 tahun dan merupakan seorang petani di Bandar Taizhou Provinsi Zhejiang. Sejak kecil, beliau menyukai pelbagai jenis binatang. Pada bulan Jun tahun 2002, Wang Daxiu telah membina pusat perlindungan binatang liar yang pertama di tempatan di kaki gunung yang indah dengan perbelanjaan sebanyak lebih 1 juta Yuan Renminbi. Kini, pusat perlindungan tersebut telah merawat lebih 100 ekor binatang liar, antaranya termasuk 4 ekor binatang liar perlindungan peringkat pertama negara dan 30 ekor binatang liar perlindungan peringkat kedua negara. Terdapat lebih 50 ekor binatang liar selepas dirawat telah dilepas kembali ke hutan.
Pusat Perlindungan binatang liar tersebut seluas lebih 3 hektar, kemudahannya yang lengkap. Di sana, kami boleh melihat ular sawa, burung tekukur, burung undan, kuntul dan lainnya yang hidup menurut habitat binatang itu.
Bandar Taizhou, tempat tinggal Encik Wang Daxiu, merupakan kawasan yang alam sekitaranya baik, terdapat banyak binatang liar. Antaranya terdapat lebih 100 spesies binatang liar perlindungan peringkat negara dan provinsi. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kerajaan tempatan meningkatkan usaha perlindungan binatang liar, oleh itu, ada sebilangan binatang yang hampir pupus yang sudah lama tidak ditemui juga muncul di ladang pertanian. Kaum petani sering mendapati binatang liar yang tercedera, tetapi, mereka tidak tahu bagaimana merawat dan melepaskan binatang-binatang itu. Pada ketika itu, tidak ada pusat perlindungan binatang liar di Bandar Taizhou. Encik Wang Daxiu memutuskan untuk membina sebuah pusat perlindungan binatang liar di kawasan itu. Beliau berkata: " Saya berkemampuan untuk membina pusat perlindungan binatang liar untuk merawat binatang liar yang tercedera. Pada waktu yang sesuai, saya akan melepaskan binatang-binatang itu kembali ke hutan dengan sihat".
Pusat perlindungan binatang liar yang diuruskan oleh Wang Daxiu di selia dengan teratur. Pekerja mencatatkan proses rawatan setiap ekor binatang lair sehingga mereka dilepaskan. Jika ada binatang liar dihantar ke pusat itu, binatang itu akan dirawat oleh doctor haiwan dengan segera. Pada biasanya, anak lelaki Wang Daxiu Wang Weiguo memberi perhatian dan rawatan kepada binatang liar yang cedera.
Untuk membolehkan setiap ekor binatang liar mendapat perlindungan, Wang Daxiu merawat dengan cermat binatang liar yang tercedera dan melepaskan binatang yang sudah sembuh ke hutan memilih waktu dan tempat yang sesuai.
Kerajaan tempatan menghargai tindakan yang diambil oleh Encik Wang Daxiu. Naib Ketua Pengarah Biro Perhutanan Bandar Taizhou Encik Lin Junhua ketika diwawancara berkata kepada wartawan kami: "Melindungi binatang liar, merupakan projek yang penting. Wang Daxiu telah membina pusat perlindungan binatang liar, usaha beliau harus dihargai, sebab, cara ini adalah saintifik dan juga adalah sah di sisi undang-undang".
Encik Wang Daxiu berkata, kini, pusat perlindungan binatang liar yang diuruskannya mempunyai banyak binatang liar. Selain itu, binatang liar yang tercedera yang dikesan oleh petani di kebanyakan kampung di sekitaranya, juga akan dihantar ke pusat perlindungan mereka untuk dirawat. Encik Wang Daxiu menambah, rawatan dan melepaskan binatang liar semula ke hutan, bukan saja telah membawa kegembiraan kepada kelurga mereka, tetapi juga kepada penduduk kampung.
---- Wang Ling
|