|
Menurut berita CRI, Ekspo Teknologi Perusahaan Sederhana dan Kecil APEC Ke-3 hari ini dirasmikan di Qingdao bahagian timur China, ekspo itu bertujuan untuk meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara perusahaan sederhana dan kecil pelbagai negara anggota APEC melalui pameran dan pertukaran teknologi.
Naib Perdana Menteri China Zeng Peiyan telah mengutus surat tahniah kepada ekspo itu beliau menegaskan, perusahaan sederhana dan kecil mamainkan peranan yang semakin hari semakin penting dalam pertumbuhan ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan yang lebih banyak dan pembangunan masyarakat. Ekspo kali ini akan menyediakan peluang untuk kerjasama dan pembangunan antara perusahaan sederhana dan kecil pelbagai negara anggota APEC.
|