Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-03 14:50:25    
Pemain Gimnastik Terkenal China – Li Xiaopeng

CRI
Apabila menyentuh tentang Gimnastik China, kita sentiasa mengenang "Putera Gimnastik" China, Li Ning. Beliau pernah meraih 14 pingat emas dalam pertandingan antarabangsa termasuk 3 pingat emas Sukan Olimpik. Li Ning telah mencipta rekod yang sukar diperbaharui dalam sejarah Gimnastik China. Walau bagaimanapun, seorang pemain gimnastik China mungkin akan memperbaharui rekod itu dalam Sukan Olimpik Athens yang akan diadakan pada tahun ini, beliau ialah Li Xiaopeng.

Li Xiaoping mulai berlatih Gimnastik semasa berumur enam tahun. Beliau dipilih dalam pasukan kebangsaan apabila berumur 15 tahun. Pada tahun 1997, Li Xiaopeng yang berumur 16 tahun dan rakan-rakannya telah meraih pingat emas dalam acara Gimnastik berpasukan lelaki Kejohanan Gimnastik Dunia ke-33 yang diadakan di Swizerland. Justeru, Li Xiaopeng menjadi johan yang paling muda dalam sejarah Gimnastik China. Dalam pertandingan antarabangsa seterusnya, Li Xiaopeng telah memenangi 13 pingat emas termasuk dua pingat emas Sukan Olimpik. Rakan-rakannya berkata bahawa Li Xiaopeng berkeyakinan penuh dalam pertandingan.

Sukan Olimpik Athens akan diadakan tidak lama lagi, dan para pemain dan jurulatih Pasukan Gimnastik Kebangsaan China berharap Li Xiaopeng dapat membaharui rekod Li Ning. Li Xiaopeng berkemampuan meraih pingat emas dalam acara palang selari, loncat kekuda dan senaman bebas dalam Sukan Olimpik Athens. Selain itu, Li Xiaopeng dan rakan-rakannyua dalam Pasukan Gimnastik Kebangsaan juga akan berusaha memenangi pingat emas acara berpasukan lelaki. Kalau Li Xiaopeng meraih lebih daripada dua pingat emas dalam Sukan Olimpik kali ini, beliau akan membaharui rekod yang dicipta oleh Li Ning iaitu 14 pingat emas, di samping itu, beliau akan menjadi pemain yang paling banyak meraih pingat emas di China. Li Xiaopeng berkata,

"Saya telah menetapkan matlamat membaharui rekod Li Ning, dan saya akan berusaha mewujudkan matlamat itu dalam Sukan Olimpik Athens."

Li Xiaopeng merupakan pemain yang paling sedikit menjalani latihan tetapi pencapaian paling bagus antara atlet Pasukan Gimnastik Kebangsaan China. Ketua Pasukan Gimnastik Kebangsaan China, Ye Zhennan berkata bahawa kejayaan Li Xiaopeng bergantung kepada bakatnya.

Kelebihan Li Xiaopeng adalah acara loncat kekuda dan palang selari. Dalam pertandingan antarabangsa, Li Xiaopeng telah melakukan beberapa gerakan yang sukar dan mendapat penghargaan umum. Dalam pertandingan Kejohanan Gimnastik Kebangsaan yang diadakan baru-baru ini, para wartawan menumpukan perhatian bahawa apakah Li Xiaopeng akan membuat gerakan baru. Lantaran itu Li Xiaopeng berkata,

"Orang lain sentiasa menanya saya adakah gerakan baru. Tetapi membuat gerakan yang sukar dalam pertandingan amat susah. Saya menghadapi tekanan besar yang luar biasa."

Pada pertengahan Mei lalu, Pertandingan Kejohanan Gimnastik Kebangsaan China telah berakhir di Suzhou, selatan China. Pertandingan itu merupakan persiapan para pemain gimnastik untuk menyertai Sukan Olimpik Athens. Ini kali kedua Li Xiaopeng menyertai pertandingan Sukan Olimpik. Beliau berkata,

"Saya pernah menyertai pertandingan Sukan Olimpik dan saya tahu bagaimana menghadapi cabaran itu. Saya akan membuat persiapan dari segi fizikal ataupun dari mental."

----Wang Jin