Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-03 17:21:09    
Pelajar dari ASEAN Belajar di Universiti Yunnan China

CRI
Menurut statistik, sekarang, jumlah pelajar dari negara anggota ASEAN yang belajar di pelbagai universiti Provinsi Yunnan sudah melebihi 1300 orang, dan jumlah itu meningkat 30% setiap tahun, pelajar dari Vietnam, Thailand dan Myanmar adalah yang paling ramai.

Semasa ditanya kenapa belajar di Provinsi Yunnan, pelajar dari ASEAN menyatakan, Provinsi Yunnan mempunyai keunggulan dari segi sejarah dan geografi. Perdagangan di kawasan sempadan Yunnan sudah bersejarah lebih 2000 tahun, malah "laluan sutera selatan" lebih awal 200 tahun berbanding "laluan sutera utara". Yunnan bersempadan dengan Myanmar, Laos dan Vietnam, sempadannya sepanjang 4016 kilometer. Jarak dari Kunming, ibu kota Provinsi Yunnan ke ibu negara semua negara jiran hanya sekitar 2000 kilometer. Barang-barang yang diimport-eksport melalui Yunnan boleh menjimat 40% hingga 60% kos pengangkutan. Sekarang, jumlah pelaburan ASEAN di Yunnan meningkat setiap tahun, pelajar dari ASEAN belajar di Yunnan adalah untuk meletakkan dasar yang baik untuk kerja mereka pada masa akan datang.

Seorang pelajar dari Myanmar berpendapat, sejak China mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, Provinsi Yunnan telah memainkan peranan yang penting dalam perdagangan sempadan antara Yunnan dengan Myanmar, Laos dan Vietnam. Sejak tahun 1989, jumlah projek kerjasama ekonomi dan teknologi yang diluluskan oleh kerajaan Provinsi Yunnan dengan Myanmar, Laos dan Vietnam melebihi 100, melibatkan industri kimia, elektronik, bahan galian, pemprosesan, perkhidmatan teknologi pertanian, pengangkutan, percetakan dan lain-lain.

Seorang pelajar warga Vietnam berpendapat, perdagangan di sempadan Yunnan telah memperkaya pasaran dalam dan luar negara, 3 negara jirannya mempunyai sumber hutan, permata, bahan galian, hasil laut, bahan ubat tradisional yang kaya dan hasil pertanian yang banyak, barang yang diimport oleh Provinsi Yunnan bukan sahaja memenuhi permintaan di Provinsi Yunnan, tetapi juga dapat menampung permintaan provinsi lain di China.

3 negara jiran Provinsi Yunnan adalah negara membangun, hanya 30% barang keperluan seharian dihasilkan oleh mereka sendiri, industri metalurgi, industri kimia, perubatan, tekstil dan lain-lain dari Yunnan dan provinsi lain di bahagian barat daya China boleh menampung permintaan 3 negara tersebut.

Semasa menyentuh tentang pembangunan infastruktur di Provinsi Yunnan, pelajar-pelajar dari ASEAN berpendapat, setelah China mengamalkan dasar pembaharuan dan buka pintu, Yunnan telah mempercepat proses pembinaan infrastruktur, membina 10 lapangan terbang awam dan membuka 103 laluan penerbangan antarabangsa dan dalam negara, dari Kunming terus ke ibu negara-negara anggota ASEAN termasuk Bangkok, Kuala Lumpur, Hanoi dan lain-lain. Yunnan juga telah menubuhkan jaringan landasan kereta api dari Yunnan ke seluruh China dan landasan kereta api itu disambung dengan landasan kereta api Vietnam. "Perkapalan Antarabangsa Sungai Lancang-Mekong" yang melalui China, Laos, Myanmar dan Thailand serta lebuh raya Kunming-Vientiane sudah dirasmikan, pengangkutan sudah termasuk lebuh raya, landasan kereta api, perkapalan dan penerbangan, dan pelbagai kemudahan lain sudah disediakan akan terus ditingkatkan.

6 keunggulan Provinsi Yunnan tersebut telah menarik ramai pelajar dari ASEAN, mereka datang ke Yunnan untuk menimba ilmu. Beberapa universiti di Yunnan telah menubuhkan institut antarabangsa Asia tenggara, institut bahasa dan kebudayaan antarabangsa serta pusat akademi Asia tenggara. Seorang profesor dari Universiti Yunnan memaklumkan, di kalangan pelajar-pelajar dari ASEAN, pelajar dari Myanmar, Thailand dan Vietnam antara yang paling ramai, pelajar tersebut suka makan makanan Yunnan, suka cakap dialek Yunnan dan belajar bersungguh-sungguh.

Profesor Lu Sheng dari Institut Bahasa dan Kebudayaan Asia Tenggara Universiti Etnik Yunnan menyatakan, kebanyakan pelajar dari negara anggota ASEAN memilih Yunnan untuk belajar kerana Yunnan dekat dengan negara mereka dan yurannya tidak mahal serta sara hidup tidak tinggi. Beliau menyatakan, jumlah pelajar ASEAN di Yunnan meningkat besar-besaran dalam tahun-tahun kebelakangan ini, universiti sains dan kejuruteraan sudah menerima lebih 100 pelajar asing. Setelah pelajar-pelajar tersebut lulus dari universiti, mereka kebanyakannya akan pulang ke kampung halaman, sebahagian kecil daripada mereka akan bekerja di Yunnan.

Seorang pelajar dari Myanmar memberitahu wartawan bahawa beliau datang ke Yunnan pada tahun lalu. Semasa baru datang, beliau tidak tahu bercakap bahasa Mandarin dan tidak darat menyesuaikan diri dengan kehidupan di Yunnan. Atas usahanya selama lebih setahun, sekarang beliau sudah fasih berbahasa Mandarin. Semasa menyentuh tentang masa depannya, beliau menyatakan beliau tidak akan bekerja di China, beliau akan membawa pulang ilmu yang dipelajarinya dari China, dan berkhidmat di negaranya.

Seorang pelajar dari Vietnam menyatakan, setelah lulus dari universiti di Yunnan, beliau akan bekerja di Yunnan, kerana sudah terdapat beberapa syarikat Vietnam membuka agensi di Yunnan. beliau berpendapat, Yunnan sangat baik, sejarah hubungan dengan negara anggota ASEAN sangat lama. Terdapat 16 etnik minoriti di Yunnan tinggal melangkau sempadan, kebudayaan dan adat resam yang hampir sama telah mengeratkan hubungan persahabatan antara Yunnan dan negara ASEAN, seiring dengan perkembangan masa, pelajar dari negara anggota ASEAN yang belajar di Yunnan akan semakin hari semakin ramai.

----Andika