Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-07 15:27:15    
Zon Terikat Waigaoqiao Shanghai akan Dibangunkan Menjadi "Zon Perdagangan Bebas"

Agensi Berita Xinhua China
Zon Logistik Terikat Waigaoqiao Shanghai—zon logistik syarikat China pertama telah beroperasi secara rasmi baru-baru ini. Kajian "Pembangunan bersama zon terikat dengan zon perdagangan bebas" akan dilaksanakan terlebih dahulu di zon tersebut. Ini bermakna Zon Terikat Waigaoqiao Shanghai telah mengorak langkah penting untuk menjadi "Zon Perdagangan Bebas".

China pernah menubuhkan 15 zon terikat di 13 bandar terbuka di sepanjang pantai, jumlah keluasan zon tersebut 43 kilometer persegi. Zon terikat Waigaoqiao ditubuhkan pada bulan September tahun 1990, keluasan zon itu dirancangkan 10 kilometer persegi yang merupakan zon terikat yang paling awal ditubuhkan, skopnya paling besar dan perkembangan paling kuat di China. Pada tahun 2003, Zon Terikat Waigaoqiao Shanghai mewujudkan nilai tambahan 32.3 bilion Yuan RMB, jumlah import-eksport mencatat 20.9 bilion Dolar Amerika dan pendapatan cukai mencatat 22.5 bilion Yuan RMB.

Menurut penerangan Pengarah Suruhanjaya Pengurusan Zon Terikat Waigaoqiao Encik Zhang Yaolun, sebagai kawasan percubaan China pertama yang menjalakan kajian "Pembangunan bersama zon terikat dengan zon perdagangan bebas", Zon Logistik Terikat Waigaoqiao yang keluasannya pada masa ini ialah 1.03 kilometer persegi akan memainkan peranan yang besar dasar keutamaan yang diberikan oleh kerajaan dan menjadi pelabuhan utama untuk mengembangkan secara khas usaha simpanan dan logistik.

Berdasarkan maklumat, pada peringkat pertama, kawasan gudang pindahan antarabangsa seluas 100 ribu meter persegi akan beroperasi di Zon Logistik Terikat Waigaoqiao, memindah syarikat perkapalan antarabangsa terkenal, pusat pembelian syarikat transnasional, perusahaan logistik pihak ketiga dan lain-lain, mengumpulkan sejumlah besar jaringan urus niaga sejagat, menyediakan perkhidmatan pedagangan logistik untuk melaksanakan tugas pembelian, pemindahan, pembahagiaan dan logistik di dalam dan luar negara, mewujudkan perkembangan bersama pelabuhan, zon terikat dan usaha logistik. Pada masa ini, terdapat 12 perusahaan logistik yang terkenal di dalam dan luar negara telah menyelenggarakan perusahaannya di Zon Terikat Waigaoqiao Shanghai.

Berdasarkan analisis pakar, pengoperasian Zon Logistik Terikat Waigaoqiao dan pelaksanaan kajian ""Pembangunan bersama zon terikat dengan zon perdagangan bebas" merupakan langkah penting pelaksanaan dasar buka pintu dengan lebih meluas dan zon terikat menjadikan "zon perdagangan bebas" setelah China menganggotai WTO. Tindakan ini akan mempercepat langkah pembangunan Shanghai sebagai pusat perkapalan antarabangsa, meningkatkan peranan pengumpulan dan logistik yang dimainkan oleh Shanghai terhadap kawasan Delta Sungai Yangtze China bahkan rantau Asia-Pasifik, agar Shanghai menjadi tempat penting dalam perusahaan logistik, memangkin penjalinan hubungan antara pasaran China dengan pasaran antarabangsa.

Berdasarkan maklumat, melalui perolehan dalam tempoh 14 tahun, empat perusahaan penting telah dibentuk di Zon Terikat Waigaoqiao iaitu perusahaan logistik moden yang bercirikan simpanan, pembahagiaan dan logistik pihak ketiga; industri pemprosesan eksport yang bercirikan IT, bahan baru, alat ganti permesinan dan elektrik khususnya kenderaan; perdagangan antarabangsa yang berhubung dengan lebih 130 negara dan kawasan dan pasaran urus niaga profesional dalam bidang kenderaan, ubat-ubatan, jam dan jam tangan, pelabuhan, tekstil dan lain-lain.

----Ching