Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-04 15:33:13    
Bo Xilai Seru Chili Akui kedudukan Ekonomi Pasaran China

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua, Menteri Perdagangan China, Bo Xilai menyatakan di Chili malam kelmarin bahawa pihak China bersedia mendorong perbincangan tentang menubuhkan Zon Perdagangan Bebas Dua Hala China-Chili, serentak itu beliau berharap Chili mengakui kedudukan ekonomi pasaran China dengan segera mungkin dan mencipta syarat bagi perkembangan hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara dalam jangka panjang.

Menteri Perdagangan Bo Xilai yang menyertai Sidang Menteri Perdagangan Pertubuhan Kerjasama Asia-Pasifik di Chili ketika menemui Menteri Luar Chili, Soledad Alvear berkata, ekonomi China dan Chili boleh saling melengkapi, meningkatkan kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara berfaedah kepada perkembangan ekonomi kedua-dua negara. Beliau berkata, untuk mendorong kerjasama ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara dalam jangka panjang, beliau berharap chili mengakui kedudukan ekonomi pasaran China dengan segera.

Soledad Alvear memuji usaha China untuk membuka pasaran serta menyatakan akan memberikan jawaban secepat mungkin tentang perkara tersebut.