Semenanjung Shandong China akan menjadi pangkalan sektor dijadikan sebagai pelantar pembuatan Jepun dan Korea Selatan di dalam negara China berdasarkan faktor kedudukan geografi, struktur ekonomi provinsi itu.
Provinsi Shandong berdekatan dengan Jepun dan Korea Selatan dan merupakan tempat menarik pelaburan perusahaan kedua-dua negara Jepun dan Korea Selatan. Setakat akhir tahun 2003, jumlah pelaburan Jepun dan Korea Selatan ke Shandung mencatat 12.28 bilion dolar Amerika, kadar pelaburan perusahaan yang berukuran sederhana dan kecil melebihi 80% antara kira-kira 10 ribu buah perusahaan pelaburan Korea Selatan dan 3 ribu buah perusahaan pelaburan Jepun.
Sektor eksport Shandung, Jepun dan Korea Selatan adalah saling melengkapi. Banyak teknologi dan barang-barang permesinan Shandong diimport dari Jepun dan Korea Selatan, manakala Jepun dan Korea Selatan memerlukan tenaga kerja yang murah harganya dan pasaran yang besar Shandong. Dalam tempoh 3 tahun yang lalu, jumlah perdagangan Jepun dan Korea Selatan dengan Shandung China secara berasingan meningkat 49% dan 70%, kedua-dua negara secara berasingan merupakan rakan perdagangan kedua dan pertama bagi Shandong.
Provinsi Shandung sekarang bersiap untuk pemindahan sektor pembuatan Jepun dan Korea Selatan. Langkah-langkah yang diambil oleh Shandong meliputi: mempercepat pembangunan infrastruktur, mengintensifkan kerjasaMa antarabangsa sektor pembuatan, meningkatkan perkembangan kemudahan pengangkutan dan perhubungan lalu-lintas, maklumat elektronik, perkakas elektrik kegunaan rumah dan lain-lain dan berusaha keras untuk menciptakan persekitaran pelaburan yang mempunyai daya persainga.
|