|
Menurut Agensi Berita Xinhua: Berdasarkan maklumat Bahagian Komunikasi Wilayah Autonomi Etnik Tibet China hari ini, 70% ke atas kawasan desa di Tibet pada masa ini boleh dihubungi melalui lebih raya. Ini bermanfaat untuk petani dan penggembara serta urus niaga barang pertanian.
Menurut ketua Bahagian Komunikasi Wilayah Autonomi Etnik Tibet, sejak pembinaan lebuh raya yang dapat menghubungi Provinsi Sichuan dengan Tibet dan lebuh raya yang dapat menghubungi Provinsi Qinghai dengan Tibet pada 50 tahun lalu, sehingga sekarang, lebuh raya di Tibet sepanjang 41 ribu kilometer.
Tambah beliau, pada tahun ini, peruntukan pembinaan lebuh raya di Tibet akan mencatat 3.6 bilion Yuan RMB, pendapatan petani dan penggembara yang menyertai pembinaan lebuh raya akan meningkat mencatat 400 juta Yuan RMB.
|