Berdasarkan ketetapan kerajaan yang dikeluarkan pada tahun ini, latihan kepakaran profesional telah meningkatkan keupayaan kaum tani, membolehkan mereka mendapat kerja dan meningkatkan daya saingan perusahaan China. Sekolah vokasional sebagai badan pendidikan asas di desa, sewajarnya memikul tanggungjawab terhadap usaha tersebut.
Tenaga kerja lebihan di desa Provinsi Hebei berjumlah hampir tujuh juta orang, kebanyakan mereka akan dipindahkan untuk bekerja di perusahaan bukan sektor pertanian. Pada masa ini, tenaga kerja lebihan provinsi itu yang bekerja di tempat lain diutamakan bertugas dalam bidang kerja yang kurang kemahiran. Sehubungan dengan itu, meningkatkan latihan kepakaran profesional kepada tenaga kerja lebihan tersebut merupakan isu yang harus diselesaikan dengan cepat oleh kerajaan Provinsi Hebei. Latihan kepakaran profesional terhadap kaum tani harus dilaksanakan oleh badan pekerja peringkat asas. Badan-badan tersebut menghadapi banyak kesukaran seperti berkurangan tempat latihan dan guru. Manakala, sejumlah besar guru dan kemudahan pengajaran terbiar oleh kerana kelembapan pendidikan vokasional. Jika kerjasama dapat dilaksanakan antara badan perkerja dengan sekolah vokasional, ini akan bermanfaat bagi menyediakan latihan kepada kaum tani.
Sebenarnya, beberapa sekolah vokasional telah mengadakan percubaan awal dan mencapai kejayaan. Ketua sekolah Pusat Vokasional Kaunti Jingxing Encik Yue Hailin menyatakan, ramai petani menanam pokok buah-buahan di kaunti kami. Kursus tanaman satu kali setahun dilaksanakan di sekolah vokasional untuk mengajar kaum tani mengenai teknologi berkaitan. Tindakan ini mendapat pujuan mereka. Di samping itu, kaum tani kurang pengetahuan terhadap elektronik, pelajaran pengetahuan elektrik juga diajarkan dalam sekolah itu. Terdapat beberapa sekolah bekerjasama dengan perusahaan untuk memberi latihan teknologi kepada pekerja.
Kerajaan Kaunti Huang menandatangani kontrak dengan satu syarikat telefon bimbit Tianjin pada tahun lalu, melatih sekumpulan pekerja teknologi untuk perusahaan itu agar para pelajar mendapat kerja dengan mudah.
Pada masa ini, baik Provinsi Hebei, maupun provinsi lain, jumlah kanak-kanak yang berasal dari desa adalah majoriti dalam belajar di sekolah vokasional peringkat asas. Setelah tamat dari sekolah, pelajar tersebut boleh menjadi pekerja teknologi atau bekerja di kampung halaman dengan kepakaran masing-masing. Seorang pegawai sekolah vokasional menyatakan, sekolah vokasional menghadapi kesukaran bukan sahaja masalah yang wujud dalam sekolah, tetapi juga disebabkan masalah dalam masyarakat. Sebenarnya, berdasarkan "Undang-undang Kerja" China, kelayakan harus diteliti oleh badan berkaitan semasa pengambilan pekerja. Akan tetapi, banyak perusahaan enggan berbuat demikian kerana menjimatkan kos sehingga pelajar tamatan sekolah vokasional diabaikan.
Seorang pakar Bahagian Pendidikan Provinsi Hebei berpendapat, sekolah vokasional peringkat asas bertanggungjawab terhadap meningkatkan kualiti teknologi tenaga kerja di desa. Ini menuntut sekolah tersebut harus membuka pintu lebih meluas terhadap kaum tani untuk memenuhi permintaan mereka.
----Ching
|