Para pemandu teksi bandar Beijing harus belajar bahasa Inggeris di bilik darjat sebelum mereka menyertai ujian kelayakan kerja.
Setelah dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik tahun 2008, Beijing bersungguh-sungguh menunaikan janjinya untuk "Menghapuskan halangan komunikasi bahasa untuk tamu asing sewaktu perasmian Sukan Olimpik. Terdapat semakin ramai penduduk Beijing mempelajari bahasa Inggeris. Pemandu teksi merupakan pekerja yang mempunyai paling banyak peluang menyediakan perkhidmatan kepada tamu asing, maka dengan baik menguasai bahasa Inggersi menjadi amat penting.
Perkhidmatan pemandu teksi memainkan peranan penting untuk membentuk imej baik suatu bandar dan Negara. Semasa seseorang warga asing tiba di Beijing dari tempat yang jauh sekali, orang yang pertama beliau berjumpa barangkali pemandu teksi. Jika pemandu teksi itu fasih bertutur bahasa Inggeris, misalnya, dengan perkataan "Welcome to China" atau "Sir, Can I help you?". Dengan demikian, para tamu asing pasti berasa kemesraan rakyat China dan agak mudah tinggal di bandar tersebut.
Pada beberapa tahun yang lalu, kebanyakan pemandu teksi Bandar Beijing tidak faham bahasa Inggeris. Walaupun mereka mempunyai kemahiran memandu kereta yang unggul dan menyediakan perkhidmatan yang teliti, tetapi halangan komunikasi bahasa antara mereka dengan penumpang asing agak mengecewakan.
Setelah berjaya dipilih sebagai tuan rumah Sukan Olimpik tahun 2008, kerajaan Bandar Beijing mengambil beberapa tindakan untuk meningkatkan taraf bahasa Inggeris penduduk bandar tersebut.
Encik Zhou Yong, pegawai Pusat Latihan Lalu Lintas Bandar Beijing memaklumkan, "Mulai tahun 2001, untuk memenuhi keperluan Sukan Olimpik tahun 2008 dan meningkatkan taraf perkhidmatan industri teksi, kami menuntut pemandu teksi harus menguasai bahasa Inggeris yang biasa. Pusat Latihan Lalu Lintas Bandar Beijing meningkatkan latihan dan ujian kepada para pemandu teksi sebelum mendapat lessen memandu. Setelah mengikuti latihan selama 40 jam, para pemandu teksi harus menguasai 30 hingga 40 perkataan bahasa Inggeris tentang perkhidmatan teksi, dan barulah boleh lulus ujian.
Di bilik darjat Pusat Latihan Lalu Lintas Bandar Beijing, wartawan CRI mewawancara seorang pelajar yang akan mendapat lesen pemandu teksi. Beliau berkata, "Sebagai seorang pelajar, pada mulanya, saya takut belajar bahasa Ingeris. Tetapi setelah mengikuti latihan, saya berasa asalkan rajin belajar, saya boleh menguasai 30 hingga 40 perkataan yang sering digunakan dalam keperluan seharian dalam bahasa Inggeris. Boleh cakap bahasa Inggeris berfaedah bagi kami dan juga memudahkan orang asing sewaktu mereka melawat Beijing."
----AZMI
|