Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-08 15:01:11    
Pelaburan China di Luar Negara Berkembang Pesat

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita China: berdasarkan maklumat Biro Pengurusan Pertukaran Wang Asing Negara China semalam, pada tahun-tahun kebelakangan ini, pelaburan China di luar negara berkembang pesat.

Berdasarkan data-data Biro Pengurusan Pertukaran Wang Asing Negara China, jumlah perusahaan China yang baru diselenggarakan di luar negara mencatat 510 buah pada tahun 2003, jumlah pelaburan China mencatat 2.1 bilion Dolar Amerika, meningkat satu kali ganda lebih berbanding tahun 2002 dalam tempoh yang sama.

Menurut pegawai tersebut, pada masa ini, kelebihan wujud dalam pendapatan dan perbelanjaan antarabangsa China, kadar nilai Yuan RMB kekal stabil, rizab wang asing negara mencukupi, ini menyediakan syarat yang baik bagi China melabur di luar negara.