Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-06-08 15:21:06    
Perancangan Bandaraya China Perlu Penyertaan Orang Awam

CRI
Pada masa ini, Kementerian Pembinaan China sedang menjalankan kerja meminda Undang-undang Perancangan Bandaraya untuk menyempurnakan mekanisme penyertaan orang awam dalam perancangan bandaraya seperti sistem pendengaran, sistem penyertaan, sistem maklumat terbuka dan sistem penilaian.

Dalam pindaan Undang-undang Perancangan Bandaraya tersebut telah membuat peraturan yang jelas tentang bagaimana orang awam mengambil bahagian dalam kerja perancangan bandaraya dan peraturan-peraturan itu akan ditetapkan di sisi undang-undang. Dengan peraturan itu, warganegara China dapat mengambil bahagian dalam perancangan bandaraya menurut prosedur yang jelas.

Kerajaan China sentiasa mementingkan penyertaan orang awam dalam perancangan bandaraya. Sejak Undang-undang Perancangan Bandaraya dikuatkuasakan pada April tahun 1990, kerajaan China telah menyediakan pelbagai sistem yang konkrit dan berkesan untuk menyelaraskan pembangunan bandaraya dan penyertaan orang awam. Sistem itu memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan perkembangan bandaraya yang berterusan dan memelihara hak warganegara China.

Timbalan Menteri Pembinaan China, encik Liu Zhifeng berkata, dalam Undang-undang Perancangan Bandaraya China terdapat banyak sistem penyertaan orang awam yang konkrit. Umpamanya, sistem pengesahan Kongres Rakyat dan Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat terhadap rancangan bandaraya telah menyediakan lebih banyak peluang kepada warganegara China untuk menyertai perancangan bandaraya dan menyumbang besar untuk menyelaraskan pembangunan bandaraya dan penyertaan orang awam.

Seiring dengan sistem ekonomi sosialis semakin disempurnakan, perkembangan pelbagai peringkat bandar di China menghadapi cabaran dan peluangan yang baru.

Prof. Mao Qizhi dari Pusat Pengajian Persekitaran Kediaman Manusia, Universiti Tsinghua berkata, perancangan bandaraya sebagai salah satu fungsi pentadbiran kerajaan melibatkan kehidupan harian dan kepentingan asas penduduk bandar dan desa. Dalam keadaan sekarang, mewujudkan kaedah dan prosedur penyertaan orang awam dalam perancangan bandaraya yang saintifik merupakan misi jangka panjang dan memerlukan perhatian dan pengetahuan profesional orang awam.

Encik Liu Zhifeng menambahkan bahawa, pada masa yang akan datang, maklumat perancangan bandaraya akan menjadi lebih telus dan terbuka, harta warganegara China akan diperlindungkan dalam perancangan bandaraya, kuasa kerajaan merancang pembangunan bandaraya akan dihadkan dan sistem pemantauan warganegara terhadap kerajaan akan disempurnakan.